HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, January 20, 2014

Ekonomi Berkat : Vol 1 (Risalah Dakwah 22)

[1]. Saya melihat dalam keghairahan mengumpul kekayaan, aspek akhlaq dan syariah semakin dilupakan dan keadaan ini mengundang risiko hilangnya berkat Ilahi. Justeru itu, Adalah penting ketika kita membahas isu ekonomi masa kini dengan mengangkat kerangka fundamental, polisi dan strategi yang berkaitan dan diharap dapat menghadirkan keberkatan dalam urusan sosioekonomi dan muamalat kenegaraan kita.

[2]. Melalui wacana konvensional, pertumbuhan ekonomi bergantung kepada faktor nilai tambah serta kesan multiplier yang terhasil melalui instrumen polisi fiskal dan monetari. Secara mudah, fenomena ini boleh dirumus sebagai 1 tambah 1 menjadi 3 atau lebih. Dalam Islam, kesan nilai tambah, multiplier dan pengagihan kekayaan secara amnya boleh dirumuskan sebagai “keberkatan”.

[3]. Berkat atau barokah dalam Al Quran disebut sebanyak 34 kali pada 32 ayat. Antaranya ialah firman Allah di dalam Surah Al A’raf ayat 96 :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi,(kemakmuran) tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka (dengan kemiskinan dan kekacauan) disebabkan perbuatannya." (Surah Al A'raf : ayat 96)

[4]. Islam mengharuskan kita mencari nilai tambah dan gandaan ini sekaligus meletakkan peri pentingnya disiplin sains ekonomi dan method-methodnya. Namun, sepertimana yang ditegaskan oleh Ibnu Qayyim, hakikat natijah berkat ini adalah hak Allah s.w.t semata-mata. Maka sebab itu, para ulama’ menetapkan landasan syariah dan akhlaq yang perlu dipatuhi sebagai pra-syarat semoga Allah melimpahkan berkatNya di dalam muamalah kita.

[5]. Kenapa berkat ini penting dan relevan dalam membahaskan Isu ekonomi masa kini? Jawapannya terletak pada suasana semasa ekonomi negara. Walaupun berbilion ringgit sumber negara dibelanjakan, pellbagai strategi seperti ETP, GTP, SRI, NKRA dan bermacam-macam lagi digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi namun hasil pulangannya terasa amat sedikit, masalah yang timbul semakin meruncing dan agihan kekayaannya pula tidak seimbang.



Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat
Mencorak Masa Depan
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive