HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, January 20, 2014

Islam Itu Adil (Risalah Dakwah 21)


[1]. Antara prinsip Islam ialah adil kepada semua. Bukan sahaja kepada ummat manusia bahkan termasuk tumbuh-tumbuhan dan binatang. Ia menepati konsep Rahmatan lil A'lamin (Rahmat kepada sekalian Alam). Adil di dalam Islam bukan suatu pilihan malah ia adalah satu kewajiban. Sebagaimana zalim itu diharamkan oleh Allah s.w.t, demikianlah Adil itu diwajibkan oleh Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a (huma);

مَنْ أَعانَ على خُصُوْمَةٍ بِظُلْمٍ أو يُعِينُ على ظُلمٍ  لَمْ  يَزَلْ في سَخَطِ اللهِ حتَّى يَنْزِعَ
"Sesiapa yang membantu persengketaan dengan cara zalim atau membantu kezaliman, maka ia sentiasa berada di bawah kemurkaan Allah s.w.t sehinggalah dia meninggalkan perbuatan itu dan bertaubat." (Riwayat Ibnu Majah)

Firman Allah s.w.t;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah Al Maidah : Ayat 8)

[2]. Setiap kita mestilah berlaku adil justeru itulah yang diajar oleh Islam, khasnya pemimpin. Tanggungjawab seorang pemimpin ialah memegang amanah dan urusan rakyat atau orang dipimpin oleh mereka. Maka adil adalah syarat utama menjadikan ia seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan di redhai oleh Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w dari Abi Hurairah r.ha;

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
"Tujuh golongan, Allah s.w.t akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya kelak;
  1. Imam (pemimpin) yang adil.
  2. Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.
  3. Insan yang hatinya terpaut dengan masjid.
  4. Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
  5. Insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata, "Sesungguhnya aku takutkan Allah" 
  6. Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya.
  7. Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

[3]. Adil bagi pihak rakyat pula ialah mentaati pemimpin yang adil dan bertaqwa serta bersedia menasihati andainya mereka menyeleweng dari amanah dan menindas rakyat yang dipimpin oleh mereka. Mengampu atau menyembunyikan kezaliman pemerintah juga satu kezaliman apatah lagi cenderung untuk bersama dengan kezaliman yang dilakukan. Firman Allah s.w.t;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."
(Surah Hud : Ayat 113)

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat
Mencorak Masa Depan

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive