HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, January 16, 2014

Cukai Bebankan Rakyat : Vol 1 (Risalah Dakwah 19)

[1]. Malaysia antara negara yang banyak mengenakan cukai ke atas rakyat dan tinggi pula nilai cukai tersebut berbanding negara-negara jiran seperti Thailand. Antara cukai yang dikenakan seperti :
  • Cukai pendapatan
  • Cukai pintu rumah kediaman
  • Cukai bakul penjaja kecil
  • Cukai jalan
  • Cukai kenderaan import
  • Cukai stamp dan pelbagai cukai lain yang dilihat membebankan rakyat.
[2]. Malaysia sedang menghadapi dua (2) keadaan yang tidak membangunkan rakyat;

PERTAMA : Hasil mahsulnya yang banyak, tetapi kekayaan itu masih berlegar dikalangan orang-orang kaya dan elit tertentu. Sedang inilah yang dilarang oleh syara'. Firman Allah Taala :

مَّا أَفَاء اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الأَغْنِيَاء مِنكُمْ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya)." (Al Hasyr : 7)

KEDUA : Ialah ketirisan dana perbelanjaan awam yang banyak merugikan demikian juga pembaziran dengan melakukan projek mega yang tidak membawa impak maksima kepada rakyat.

[3]. Antara contoh yang boleh saya tunjukkan di sini ialah;
  • Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menjelaskan ketirisan dalam perbelanjaan dana awam sebanyak RM 28 billion.
  • Dakwaan Global Financial Integrity (GFI) bahawa RM 889 billion wang haram telah mengalir keluar dalam tempoh 8 tahun (2000-2008)
  • Menurut laporan "Majalah International Living" tahun 2010 : Kos hidup di Malaysia adalah ke-21 paling tinggi di dunia.
[4]. Kos hidup meningkat antaranya kerana;
  • Kenaikan harga barang keperluan termasuk harga rumah dan tanah, sedang pendapatan masih perlahan ditambah pula terpaksa membayar pelbagai kadar cukai.
  • Statistik Bank Negara Malaysia pada akhir November 2010 menjelaskan mengenai; Hutang Isi Rumah rakyat Malaysia RM 577 billion.
Ia bersamaan 74 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekaligus ia menampakkan keupayaan berbelanja rakyat sangat rendah.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat

Mencorak Masa Depan
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive