HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, January 6, 2014

Islam itu Rahmat, Bukan Hambat

Kehebatan Islam bertitik tolak daripada komitmen yang tinggi oleh para penganutnya terhadap syiar dan Syariat Islam itu sendiri. Realiti ini pernah dipertegaskan oleh Saiyidina Umar al-Khattab radhiallahu anhu;
نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فإن إبتغينا العزة بغيره أذلنا الله
“Kita adalah satu golongan yang dikurniakan kekuatan oleh Allah dengan Islam. Maka, sekiranya kita mencari kekuatan selain daripada kekuatan yang telah dikurniakan oleh Allah, nescaya kita dihina oleh Allah.”

Marilah ummahku, bangkit berdakwah dan berjuang, melibatkan diri dengan Gerakan Islam, basmi kejahilan dan didik serta bimbing masyarakat agar mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh. Usahlah hanya berbimbang-bimbang pada kemaraan agama lain sedang ummat sendiri terumbang-ambing tiada pegangan aqidah yang betul dan mantap.

Kalau rumah kita hanya dibina dengan dinding kaca lalu kita risau dan resah setiap kali kenderaan melewati halaman kerana bimbang percikan batu, maka persoalannya sampai bila kita harus resah dan tidak lena tidur? Alangkah jika kita membina rumah berdindingkan batu, pastinya kita rasa selamat dan nyenyak tidur biar pun siapa yang melewati di halaman.

Islam adalah agama yang Indah. Membawa rahmat kepada semua. Namun setiap kita dan semua pemimpin beragama Islam mesti memaparkan qudwah yang baik dan bistari. Tunjukkan akhlak yang mulia bukan kekerasan persis seekor buaya, pamerkan kebijaksanaan bertindak bukan kegelojohan mengatur rentak dan kemukakan kebenaran serta kehebatan hujjah bukan berbangga dengan kuasa untuk meredah.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive