HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, January 6, 2014

Jangan Hanya Air Mata (Risalah Dakwah 6)


[1]. Perkembangan mutaakhir menyaksikan keadaan ummah kian parah. Mereka berdepan dengan ancaman gejala riddah, kejahilan ummah, kelesuan ulama' dan pengkhianatan pemerintah. Semakin ramai jumlah mereka yang meninggalkan Islam. Mereka  terdedah kepada perlecehan syariat dan akhlak. Sementara ulamak tidak dapat berbuat apa-apa ditambah pula dengan dasar dan polisi negara yang digubal oleh pemerintah tanpa meletakkan kepentingan syariat di hadapan.

[2]. Pastinya air mata kesal mengalir melihat fenomena ini. Kembalilah ummahku! Pelajari dan dalami agama Allah serta hampirkan diri kepada Allah Jalla wa A'la. Hindarkan diri dari terperangkap dalam perkara yang melebarkan jurang perbedaan dan meruncingkan pergeseran sesama muslim. Elakkan permusuhan dalam menanggapi perbedaan pendapat dan pandangan. Bina kekuatan ummah.

[3]. Ambillah prinsip yang pernah ditegaskan oleh Syeikh Rashid Redha r.hm;

نتعاون فيما اتفقنا عليه و نعذر بعضنا بعضاً فيما اختلفنا فيه
"Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati bersama dan kita bertolak ansur dalam perkara yang kita berbeza pandangan padanya"

[4]. Kita mestilah peka dan sensitif terhadap elemen yang boleh merosakkan fikrah, syakhsiah dan aqidah ummah. Jangan pernah kita berpeluk tubuh menyaksikan agenda musuh-musuh Islam yang berusaha untuk melumpuhkan kekuatan ummah. Bangkitlah dan semarakkan Amal Islami di dalam diri, keluarga dan masyarakat kita.

[5]. Marilah kita bina Islam ini dalam diri kita, insyaallah kelak ia akan tegak di atas tanahair kita. Benarlah kata Imam Hassan Hudhaibi r.hm;

أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم

"Tegakkan kedaulatan Islam dalam diri kamu nescaya ia akan tegak di atas tanahair kamu"

Jangan leka dan asyik menghabiskan masa dengan perkara yang tidak menambah kekuatan kita, sedang kita sangat kesuntukan waktu untuk bekerja bagi membangunkan semula ummah yang runtuh  akhlak dan maruahnya.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive