HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, January 13, 2014

Laksanakan Syariat Islam : vol 3 (Risalah Dakwah 16)

[1]. Ulama’ perundangan Islam mentakrifkan jenayah sebagai perbuatan yang dilarang oleh Syara’ dimana Allah mengancam akan mengenakan hukuman jika perbuatan ini dilakukan. Peruntukan-peruntukan yang bersabit dengan kesalahan-kesalahan sepertimana yang terdapat dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith adalah termasuk dalam kes jenayah Syari’ah jika dilakukan oleh seseorang. Menurut skop perundangan, jika disabitkan kesalahan tersebut, maka ia wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta’zir.

[2]. Saya mengulangi komitmen saya untuk terus menyeru agar pihak kerajaan dan semua pihak memberi peluang supaya pendekatan Islam yang menyeluruh dijadikan sebagai satu alternatif untuk membasmi kebejadan jenayah yang semakin kritikal akhir-akhir ini. Sudah sampai masanya semua pihak yang bertanggungjawab duduk merangka dan membincangkan saranan ini dengan lebih matang supaya ia dapat direalisasikan meskipun secara berperingkat-peringkat.

[3]. Saya cadangkan agar pihak kerajaan membentuk satu panel penggubal undang-undang pencegahan jenayah ini dengan memanggil para alim ulamak Islam yang pakar dalam bidang perundangan Islam ini untuk turut sama terlibat dalam menggubal undang-undang. Setakat ini, kita harus memberikan sokongan sepenuhnya terhadap usaha-usaha yang telah dimulakan oleh pelbagai pihak sama ada daripada pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mana telah merintis penggubalan dan telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syari’ah (II) pada 25 November 1993 atau pun pihak-pihak yang lain.

[4]. Seterusnya, komitmen bersepadu dituntut agar penarafan institusi mahkamah Syari’ah, perjawatan, infrastruktur, badan kehakiman dan pentadbiran Islam secara komprehensif perlu dilakukan dengan lebih agresif. Selain itu, kita mendesak agar jawatankuasa-jawatankuasa atau agensi-agensi yang telah dibentuk di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji undang-undang Syari’ah dan Sivil dapat membentangkan kepada umum apakah sebenarnya political will kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan serta pelaksanaan undang-undang jenayah Syari’ah di Malaysia.

Ini termasuklah mendedahkan kajian-kajian yang telah dilakukan dalam mengemaskini dan menyelaras semua undang-undang Islam khususnya tatacara kesalahan jenayah di negeri-negeri dan juga penelitian undang-undang sivil yang selari dengan prinsip-prinsip Syara’.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat
Mencorak Masa Depan

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive