HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, October 27, 2014

Risalah Dakwah. Siri 047

Risalah Dakwah. Siri 047

Arah Perjuangan Islam ialah Islam

1. Islam adalah Ad Deen yang diwahyukan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia dan sekelian makhluk. Justeru itu Islam dibina atas prinsip dan ketetapan yang telah dimuktamadkan melalui wahyu dan sunnah NabiNya saw. Ilmu Islam pula telah dilangsungkan secara terkawal disiplin dan manhajnya oleh para ilmuan Islam secara riwayah dan dirayah disepanjang zaman.

2. Lantaran itu, Jamaah kita meletakkan sumber rujuk tertinggi ialah Al Quran, As Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qias yang Muktabar. Kembalilah kepada 4 sumber ini dalam melestari perjuangan suci ini. Jangan biarkan kita terhuyung hayang dalam mencari arah tuju dan terkinja - kinja dalam mencari pedoman gerak kerja Amal Islami di bumi tercinta. 

3. Apabila Erdogan menang di Turki, maka semua mahu meniru cara Erdogan, apabila PKS menang di Indonesia, maka mereka mahu PAS jadi PKS, apabila Ghonnusi menang di Tunisia, maka mereka tukar haluan kearah Ghonnusi pula dan apabila Jokowi menang di Indonesia maka mereka cepat beralih  untuk memakai feqh Jokowi pula. Ini bukan cara Islam tapi ini cara gerakan Pragmatisme. 

Ingat bagaimana petunjuk Rabbul Izzati :

فَإِنْ آمَنُوا بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوا وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan kekal dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami mengabdikan diri".

Surah Al Baqarah : ayat 137 - 138

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive