HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, October 27, 2014

Risalah Dakwah. Siri 048

Risalah Dakwah 048

Kita Pendakwah Bukan Penghukum

1. Kerja dakwah adalah satu seni yang kaya dengan taktik dan teknik dari sudut skil dan skimanya. Setiap dae'i mesti mempelajari dan menguasainya. Kerja dakwah juga adalah satu tugas yang memerlukan kekuatan spiritual yang utuh. Sabar dan tabah mengawal minda dan mengurus emosi. Supaya tugasan dakwah dapat digalas dengan jaya dan cemerlang.

2. Pendakwah (dae'i) mesti menguasai ilmu Islam dengan baik sebagai "Product Knowledge" agar Islam dapat "dipasarkan" kepada masyarakat dengan berkesan. Kaedah umumnya : 

فاقد الشئ لا يعطيه

" Orang yang tidak memiliki apa - apa , dia tidak dapat memberi apa - apa"

3. Namun pendekatan dakwah antara subjek terpenting dalam kerja - kerja dakwah ini. Jangan gopoh dan jangan pula lengah. Jangan menghukum dan jangan pula membiarkan ummah tanpa batas sempadan. Nyatakan batas Iman dan Kufur, Islam dan Jahiliyyah Munafiq dan Mutadayyin ( berpegang teguh dengan agama ) supaya ummah tidak terjerumus dalam bahaya kufur, jahiliyah dan nifaq. 

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive