HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, October 27, 2014

Risalah Dakwah. Siri 049

Risalah Dakwah. Siri 049

Dengar dan Taat 

1. Perjuangan yang kita dokong ini adalah satu ibadah. Selama mana niat, objektif, matlamat, dasar, misi dan visi perjuangan kita ini patuh syariat, maka ia adalah satu ibadah yang diganjari pahala oleh Allah swt. Insyaallah. Justeru itu, yakinlah dengan perjuangan serta optimis dengan masa depannya yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Firman Allah swt :

وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

As Saff : Ayat 13

2. Sebahagian dari Sirrun Najah ( Rahsia Kemenangan ) ialah "dengar dan taat" kepada arahan pucuk pimpinan serta keputusan yang telah dimuktamadkan oleh jamaah. Ia adalah akhlak berjamaah serta asas keutuhan sebuah organisasi. Rahsia umum ini telah didedahkan oleh Nabi saw sebagai satu syarat kemenangan yang mesti dimiliki oleh anggota jamaah Islam.

Dari Al Haaris bin Al Haaris Al Asha'ri Rha. Sabda Nabi saw :

أنا آمرُكم بخمسٍ ، اللهُ أمرني بهنَّ : السمعُ ، و الطاعةُ ، و الجهادُ ، و الهجرةُ ، والجماعةُ ، فإنه من فارق الجماعةَ قَيْدَ شبرٍ ، فقد خلع رِبقةَ الإسلامِ من عُنُقِه ، إلا أن يراجِعَ

Aku perintahkan kamu dengan 5 perkara sedang Allah memerintahkan aku dengan 5 perkara tersebut. Dengar, Taat, Jihad, Hijrah dan Jamaah. Maka barangsiapa yang memisahkan diri dari Jamaah ( meskipun ) kadar sejengkal maka sesungguhnya ia telah merombak ikatan Islam dari lehernya melainkan ia kembali semula ( kepada Jamaah )

Riwayat Imam At Turmuzi
Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS pusat.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive