HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, October 27, 2014

Risalah Dakwah. Siri 050

Risalah Dakwah. Siri 050

Perjuangan ini Sebuah Ujian

1. Perjalanan ini tidak dekat namun boleh sampai. Perjuangan ini tidak mudah namun boleh gapai. Justeru itu tiada alasan untuk menangguhkan perjalanan ini sebagaimana tiada alasan untuk menguzurkan diri dari perjuangan yang suci sebegini. Jauhnya perjalanan dan getirnya perjuangan adalah ujian Allah swt yang telah dijanjikan kepada kita. Firman Allah swt :

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ 

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu dirasakan jauh dan sukar bagi mereka.

At Taubah : Ayat 42

2. Ujian sedemikian menjadi saringan untuk cari yang terbaik. Pastinya syurga adalah kediaman orang - orang yang terbaik. Sementara yang terbaik itu ialah pejuang yang sabar dan tabah mendepani ujian. Tidak cepat panik, gusar, lemah semangat apatah lagi berputus asa dan lari meninggalkan jamaah. Orang terdahulu telah menempuhnya dengan jaya, lalu kenapa kita tergesa - gesa dan mudah hilang pertimbangan dengan sedikit ujian yang kita tempuh ? Hayatilah Firman Allah swt ini :

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga (secara percuma), padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Surah Al Baqarah : 214

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive