HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, October 28, 2014

Risalah Dakwah. Siri 052

Risalah Dakwah. Siri 052

Tolak Jamaah Dhirar

1. Kebenaran sesebuah perjuangan bukan dinilai pada ramainya penyokong kerana musuh kebenaran iaitu Syaithan A'laihi Laknatullah juga tidak terbilang pengikut dan penyokongnya. Sebaliknya mi'yar (neraca) penentu benar atau salah ialah berasaskan matlamat dan manhaj yang diguna, sejauh mana ianya patuh syaria'h. Firman Allah swt :

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Surah Al Ana'am : Ayat 153

2. Hanya Islam dan perjuangannya yang diakui benar oleh Allah swt. Ia berlandaskan prinsip dan objektif yang jelas, iaitu tunduk dan patuh kepada Allah swt. Bukan perjuangan yang dibina atas dasar tidak puas hati dan kebencian  kepada pihak tertentu. Sementelah tindakan mengasaskan sebuah jamaah untuk memecah belahkan kesatuan ummah, maka sifatnya tidak ubah seperti penubuhan Masjid Dhirar yang wajib dibubarkan

3. Meskipun zahirnya Masjid Dhirar itu adalah sebuah masjid, sebagai tempat beribadah kepada Allah swt. tetapi Nabi saw mengarahkan supaya masjid itu diruntuhkan kerana ia tidak dibina atas dasar taqwa iaitu tunduk dan patuh kepada Allah swt , sebaliknya diasaskan untuk memberi saingan kepada masjid yang terlebih dahulu dibina oleh Rasulullah saw. 

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

www.perjuanganku.com

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive