HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, October 29, 2014

Risalah Dakwah. Siri 053

Risalah Dakwah. Siri 053

Elakkan Skil Politik Muzabzabin

1. Selayaknya pimpinan dan anggota Gerakan Islam tidak bersikap "acuh tak acuh" dan juga "kluk klek" dalam tindakan dan membuat keputusan terutama sewaktu menangani krisis dalaman mahupun luaran. Justeru sikap sedemikian tidak menyelesaikan masaalah dan membangunkan jamaah. Sebaliknya kita mesti  jelas dan tegas pendirian berasaskan prinsip kebenaran yang didokong.

2. Kita juga tidak wajar mengambil sikap menyembunyikan  "sampah" masaalah dan krisis ini ke bawah karpet. Sebagaimana tidak sayugianya kita berlepas diri semata - mata kerana kita mempunyai kepentingan dari pelbagai pihak yang terlibat. Kita mesti jelas dan tegas meletakkan diri pada yang benar. Politik "playsafe" dan "makan keliling" adalah seni politik lapuk atau usang yang tidak akan membantu jamaah bebas dan keluar dari kemelut yang berlaku.

3. Sebahagian mungkin menyatakan bahawa mereka "tidak berpihak" walhal sikap sedemikian secara tidak langsung membentuk pihak baru iaitu muzabzabin ( golongan yang tidak berpihak kepada mereka sebelah sini yang benar dan tidak berpihak kepada mereka sebelah sana yang salah ). Sikap ini bukan sahaja tidak menyelesaikan masaalah tetapi menambah kekeliruan dan lebih malang, kebenaran semakin sukar diserlahkan. Sedang kita berkewajipan memperjuangkan kebenaran dan berada dipihak yang benar. Sementara benar itu pula mestilah dinilai dan diukur tara berasaskan Al Quran dan As Sunnah justeru ia juga adalah hukum tertinggi dalam jamaah kita.

Ambillah peringatan dari Allah swt. semoga kita tidak terjebak dalam situasi sebegini . Firman Allah swt :

مُّذَبْذَبِينَ بَيْنَ ذَٰلِكَ لَا إِلَىٰ هَٰؤُلَاءِ وَلَا إِلَىٰ هَٰؤُلَاءِ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا

Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara mereka tidak berpihak terus kepada satu golongan  ( yang kufur/ingkar/salah ) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang berinan/patuh/benar). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

Al Baqarah : Ayat 143

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

www.perjuanganku.com
#risalahdakwah

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive