HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, October 31, 2014

Risalah Dakwah. Siri 057

Risalah Dakwah. 057

Live for Nothing or Die for Something

1. Saya suka cerita perang. Sejak kanak - kanak, saya meminati siri kombat yang menampilkan Victor Morrow sebagai Sarjan Saunders dan Rick Jason sebagai Leftenan Gil Hanley. Turut membintangi combat ini ialah Pierre Jalbert, Jack Hogan dan Dick Peabody. Sehingga sekarang saya masih suka cerita perang dan saya tidak melepaskan peluang menonton siri filem ala perang terbaru The Expendables yang menampilkan Sylvester Stallone, Jason Statham, Dolph Lundgren, Bruce Willis, Austin , Rourke, Crews dan lainnya. Asas minat saya terhadap siri perang sebegini kerana filem ini menampilkan hero "berjamaah". Seronok saya melihat mereka berbincang mengatur strategi perang dengan team mereka. Teruja melihat bagaimana mereka mendepani suasana cemas dan kritikal serta menyelesaikan konflik yang tercetus sesama mereka ekoran ketegangan dalam situasi perang.

2. Saya kurang minat menyaksikan filem perang yang hanya menampilkan seorang hero seperti siri filem perang yang dibintangi oleh John Rambo, Chuck Norris, Steven Seagal, Jean Claude Van Damme dan lainnya. Cerita perang ber"hero"kan seorang diri ini agak tidak realistik. Keterlaluan dan tidak menampakkan elemen strategi dalam tindakan melainkan sekadar imaginasi hero dan pengaruh emosi yang mendorong. Barangkali inilah faktor Joss Whedon dari Marvel Movies menghasilkan sebuah filem berasaskan komik tetapi turut mengumpul hero secara "berjamaah"  dalam "The Avengers" setelah menyedari masyarakat mula bosan dengan filem berasas hero seorang diri. The Avengers menghimpun hero Captain America, Incredible Hulk, Iron Man, Thor, Black Widow dan lainnya dalam satu "jamaah" hero.

3. Realiti sebuah perjuangan samaada dalam filem atau di alam nyata, ianya strategik diurus secara jamaei ( kolektif atau berjamaah ) bukan secara fardi ( individu ). Malah inilah sunnah Rasulullah saw. Biarpun Baginda Rasul saw dilengkapi dengan mukjizat yang tidak siapa mampu mengatasinya, Baginda saw tetap membentuk perjuangan secara jamaei. Firman Allah swt :

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam saf ( atau jamaah ) yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Surah As Saf : 4

Namun saya tidak menafikan keperluan mendesak dalam situasi tertentu sehingga memaksa individu bangkit bertindak sebagaimana apa yang pernah diungkap oleh John Rambo : "live for nothing or die for something" dengan maksud pilihlah antara hidup tanpa apa - apa nilai atau mati kerana memperjuangkan maruah. Jua sebagaimana ungkapan syair Abu Tayyib Al Mutanabbi : 

عش عزيزا أو مت و أنت كريم

"Hiduplah dengan kehebatan atau mati sedang engkau seorang yang mulia."

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

www.perjuanganku.com
#risalahdakwah

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive