Berdakwah Jangan Mengalah
Cabaran dakwah kita hari ini sangat mencabar. Jangan pandang rendah pada keupayaan musuh yang merancang untuk memesong pemikiran ummah dan meruntuhkan akhlak berjamaah dikalangan anggota gerakan Islam. Mereka mencipta pelbagai salah faham dan kekeliruan agar hilang thiqah (kepercayaan) awam kepada Gerakan Islam dan kepimpinannya.
Para dae’i (pendakwah) mesti bekerja keras untuk memulihkan kefahaman dan pemikiran ummah terhadap Islam dan perjuangannya. Pula mendepani era Pasca Islamisme yang datang dengan 1001 helah untuk melunturkan nilai dan komitmen terhadap Amal Islami. Arus “Gerakan Islam Tanpa Syariat” dilihat sebagai relevan kononnya untuk diadaptasi dalam iklim politik moden pada hari ini.
Akhirnya Islam yang dibawa melalui manhaj Wahyu dan Sirah Nabawiyah dianggap asing, lambat menang, tidak sesuai, konservatif dan sebagainya. Ini adalah antara tohmahan dan igauan berulang kepada perlaksanaan Syariat yang diperjuangkan kini. Sebagai pejuang dan pendakwah, jangan mengalah apa lagi berundur. Sebaliknya banggalah bersama dengan perjuangan Islam ini. Sebar risalah Islam dan bina kader pejuang tanpa penat dan bosan.
Sabda Nabi sallallahu‘alaihi wasallam;
بَدَأَ الإِسْلامُ غَرِيبًا، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
“Telah bermula Islam dalam keadaan asing dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (kerana tetap komited bersama Islam).”
0 comments:
Post a Comment