Berpihaklah Kepada Kebenaran
Dunia Islam alami pelbagai zaman. Bermula zaman perang kabilah, perang antara negara, perang dunia, perang ekonomi, perang pemikiran, perang budaya dan kini perang cyber. Semuanya membawa satu matlamat iaitu memadam cahaya Agama Allah, dengan kelicikan strategi dan helah mereka seperti “divide and rule”, “character assassination” dan lainnya. Ini adalah suatu yang telah disahkan oleh Allah;
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (surah al-Saff: ayat 8)
Hari ini jelas kelihatan samseng-samseng cyber dan “keyboard trouble” memenuhi segenap jalur dalam jaringan jalur lebar untuk menyebar virus fitnah, racun pembunuh karektor, melagakan pimpinan gerakan Islam, menghina alim ulamak, mempersenda syariat dan merosakkan maruah serta imej perjuangan Islam. Kerancakan serangan mereka makin menjadi-jadi di era Post Islamisme ini.
Pejuang Islam kena alert perkara ini. Kena sedar perancangan musuh dan sepak terajang mereka yang mahu merosakkan Islam. Kena ada tindakan positif dan efektif dari para pejuang Islam untuk “protect” jamaah Islam ini dari serangan virus tersebut. Kalau bukan pejuang Islam menjadi “firewall”nya maka siapa lagi? Ingat pesan Saidina Umar al-Khattab (athar ini disebut oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiah dalam Minhajus Sunnah dan Ibnu Qayyim di dalam al-Fawaid);
إنما تنقض عرى الإسلالم عروة عروة إّا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية
“Akan terungkai ikatan Islam itu serungkai demi serungkai dari ummat Islam apabila merata dalam Islam ini mereka yang tidak mengenali (dan memahami) sepak terajang jahiliyyah (musuh).”
Justeru itu, sifat pejuang Islam ialah responsif secara positif dan efektif dengan bangkit pertahankan Islam, pertahankan alim ulamak yang memperjuangkan Islam dan membawa suara Islam meskipun berdepan dengan 1001 halangan. Jangan playsafe. Sampai bila nak diam? Saya terbaca dalam Kitab yang berjudul “Imam Ahmad ibn Hanbal : Baina Mehnat al-Din wa Mehnat al-Dunya” dimuatkan pesanan Imam Ahmad ibn Hanbal rahimahullah;

إذا سكت العالم تقية و الجاهل يجهل فمتى يظهر الحق
“Apabila diamlah orang yang mengetahui kerana taqiyah (playsafe) sedang orang yang tidak mengetahui terus dalam keadaan tidak mengetahui (jahil) maka bilakah kebenaran itu akan zahir?”
Lebih malang jika sikap tidak berpihak ini terbawa-bawa sampai ke peringkat “makan keliling”. Bertemu dengan kita, mereka berkata kami bersama kamu, jangan bimbang! Namun apabila mereka bersama syaitan-syaitan mereka, mereka berkata “kita serupa, di sana tadi kami hanya berolok-olok.” Sifat ini adalah percikan dari sifat munafik yang tidak wajar kita biarkan. Lihat bagaimana karektor munafiq dalam firman Allah;

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ
“Dan apabila mereka (munafiq) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata; Kami telah beriman, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula; Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).” (surah al-Baqarah: ayat 14)
Jangan sampai sifat munafiq terpercik kepada kita. Hindarinya sejauh yang boleh. Sikap suka makan keliling ini adalah keji. “Kononnya nak jaga kawan sampai lupa nak jaga Islam”. Gejala ini berleluasa dan akhirnya menjadi fitnah kepada Islam. Lihat sahaja bagaimana aksi mereka. Mereka serang Islam dan alim ulamak bagai nak rak, tiba-tiba kita pula masih berada dalam “zon sangka baik” sokmo, zon playsafe, tidak mahu berpihak, kononnya kita mahu bersikap wara’ sedang mereka tidak pernah bersimpati sebaliknya terus menyerang tanpa henti. Cyber Trooper mereka membelasah dan mengganyang Islam dan para alim ulamaknya tanpa wisel pelerai. Di mana kamu wahai pejuang?!

Pilihlah kebenaran dan berpihaklah kepada kebenaran.
0 comments:
Post a Comment