Fitnah Copy” dan “Paste”
Mudah, pantas, pedas dan rangup. Begitulah senang cerita bagi saya gambarkan betapa renjatan aliran fitnah yang mampu mengorbankan akhlak dan nilai kemanusiaan pemangsa atau pembawa virus fitnah. Mereka hanya perlu “copy” dan “paste” dan mereka hanya perlu “click” dan “foward” untuk “viral”-kan seantero dunia sebarang fitnah. “Print Screen” juga satu fenomena untuk menceroboh dan mendedahkan privasi individu, group atau jamaah.
Wabak ini turut melanda sebahagian anggota gerakan Islam. Mereka teruja untuk menjadi orang pertama kononnya dalam menyebarkan maklumat, tanpa menyelidik benar salahnya maklumat tersebut. Mereka terlalu ghairah untuk mencari “rating” dan “ranking” dari kalangan pembaca samaada Blog, Facebook, Whatsapp, We Chat, Telegram dan sebagainya. Mereka lupa untuk menempatkan diri pada rating di sisi Allah. Terdapat juga pihak yang sengaja cipta fitnah dengan melakukan pengkhianatan kepada jamaah. Belum sempat pengerusi majlis menutup majlis mesyuarat dengan tasbih kaffarah dan surah al-‘Asr, satu-persatu minit mesyuarat boleh dibaca dan dimuat turun oleh mereka yang berada Amerika, Britain, Australia, Singapore dan lainnya.
Selayaknya kita tahu asas rujukan dan sandaran bertindak sebagai seorang pejuang Islam dan pendakwah. Amalkan prinsip “tabayyun” (selidiki kebenaran) lalu bertindak memberi sokongan dan membantu pada yang benar dan tidak bersekongkol apalagi menjadi tali yang membarut kesalahan dan fitnah. Tiada sikap “playsafe” antara benar dan salah. Jangan ambil sikap “muzabzab” (berpura-pura sokong kebenaran, berpura-pura menolak kebatilan) semata-mata mahu menjaga hati atau memang berniat mahu makan keliling.

Seperkara lagi, Ingatlah pesan Nabi Muhammad sallallahu‘alaihi wasallam;
سَتَكُونُ فِتَنٌ، الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْقَائِمِ، وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنْ السَّاعِي، وَمَنْ يُشْرِفْ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ، وَمَنْ وَجَدَ مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِهِ.
“Akan berlaku fitnah, orang yang duduk lebih baik dari yang berdiri. Orang yang berdiri lebih baik dari yang berjalan. Orang yang berjalan lebih baik dari yang berlari. Sesiapa yang berhadapan dengan fitnah, hendaklah ia mendepaninya dan barangsiapa yang menemui tempat persembunyian maka berlindunglah dengannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jika jelas sesuatu kebenaran, maka kita mestilah berpihak kepada yang benar justeru kita pejuang kebenaran. Tegakkan yang kebenaran dengan hikmah. Jika kita tidak tahu mana yang benar atau tidak tahu betul duduk sesuatu perkara, maka diam itu lebih baik. Jangan siram petrol atas bara api. Jangan gatal tangan untuk timbulkan fitnah akibat perbuatan “copy” dan “paste”.

0 comments:
Post a Comment