HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, March 1, 2016

Mazhab Facebook

Ilmu adalah tunjang yang mengakar kekuatan seorang pendakwah dan pejuang. Bagaimana dakwah Islam dapat disampaikan dan bagaimana pula Islam boleh diperjuangkan tanpa ilmu? Ilmu kepada pejuang, bagaikan modal kepada peniaga. 

Firman Allah;
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
“Dan tidaklah wajar orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah sebahagian mereka mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka  kembali kelak kepangkuan kaumnya; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).” (surah al- Taubah ayat 122)

Namun, ilmu Islam ini mempunyai disiplin tersendiri yang perlu ditekuni untuk memilikinya. Bermula dari kaedah pengajian, subjek dan metodologinya, ilmu juga mesti dipelajari secara istimrar (berterusan). Malang jika ilmu hanya dikutip secebis tanpa talaqqi (berguru) dengan guru yang mursyid. Mutakhir ini, ramai yang menjadikan facebook sebagai medium memuktamad ilmunya. Facebooklah tempat mereka “menuntut ilmu” dan di facebook juga mereka “lulus” dan akhirnya di facebook juga mereka “berfatwa”. Google Search pula adalah “mursyid” mereka.

Facebook adalah laman sosial dan tidak salah untuk dijadikan sebagai lapangan mencari maklumat dan berbincang pelbagai topik. Namun ia bukan method yang betul untuk memuktamadkan ilmu. Justeru facebook tiada kewibawaan untuk mengesahkan keabsahan sesuatu maklumat,  ilmu atau “status” yang di“post” atau di“share” kepada talian jalur lebar perlu terlebih dahulu ditashih (dibenarkan) dengan disiplin ilmu yang betul dan berwibawa. 

Rujuklah laman yang diyakini kewibawaan ilmunya dan teliti status yang di“post”kan dengan manhaj dan disiplin ilmu yang betul. Ingat! Facebook sangat terdedah kepada pencemaran ilmu serta penyelewengan fakta dan figure.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive