HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, November 19, 2014

Perkongsian dari Parlimen : 02

Perkongsian dari Parlimen : siri 02

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
18 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Pertahanan.
Bekalan B60/P60
Program 040400 : Operasi
Butiran  040000 : Pertahanan Maritim
Peruntukan Keseluruhan : RM2.3 bilion
Peruntukan Operasi : RM 465 juta.
____________________

1. Kerajaan dituntut memberi penjelasan yang meyakinkan berhubung tahap keselamatan di seluruh kawasanpengairan Malaysia. Isu ini ditimbulkan kerana beberapa kes serangan dan rompakan berlaku terhadap kapal-kapal komersial sehingga membabitkan kerugian jutaan ringgit.

2. Daripada data yang dilaporkan, sebuah kapal Jepun yang membawa muatan 5 juta liter diesel dirompak di pengairanPulau Ketam pada bulan April 2014. Kemudian, pada bulan Jun 2014, kapal dagang MT AI MARU juga dirompak di kawasan Timur Laut Sedili, Johor. Sebulan selepas itu, rompakan berlaku terhadap kapal kargo minyak MT Oriental Daily di pengairan Laut China Selatan. Kesemua kes ini dipercayai dilakukan oleh lanun.

3. Isu keselamatan pengairan negara khususnya di kawasan Selat Melaka sering menjadi tumpuan samada di peringkat rantau iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura mahupun di peringkat dunia. Tiga kes rompakan lanun yang berlaku kira-kira 4 bulan lalu menjadi tanda tanya bagaimana tahap sebenar keselamatan di pengairantersebut.

4. Walhal, Malaysia terlibat dalam kerjasama maritim samada tiga hala melalui mekanisme Tripartite Technical Expert Group on the Safety Navigation (TTEG) dan mekanisme kerjasama yang melibatkan keanggotaan yang lebih besar iaitu dikalangan negara-negara persisir pantai, negara-negara pengguna dan industri perkapalan antarabangsa.

5. Oleh yang demikian, agensi-agensi penguatkuasaan maritim seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) harus menunjukkan sejauhmana kapasiti mereka bagi membanteras proliferasi kegiatan lanun yang merbahaya di kawasan pengairan negara.

6. Kita juga melahirkan kebimbangan terhadap isu kedaulatan negara apabila berlaku perubahan kerjasama kawalan keselamatan maritim yang melibatkan multilateral. Ini kerana penglibatan International Maritime Organization (IMO) pasca 11 September mengundang curiga terhadap isu kedaulatan negara.

7. Maka, kerajaan Malaysia wajar memberikan penjelasan berhubung tahap keselamatan di kawasan pengairan dan sejauhmana keberkesanan kerjasama maritim dalam membendung ancaman yang berlaku termasuk peranan IMO yang berkemungkinan mengundang rasa kurang senang dalam menjaga kedaulatan negara. 

Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive