HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, November 19, 2014

Perkongsian Dari Parlimen : 01

Perkongsian dari Parlimen : Siri 01

Soalan Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh] kepada Dato' Razali bin Ibrahim : [Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri]
_________________________

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

1. Saya merasakan bahawa tentang hasrat penubuhan Universiti FELDA ini mesti kerajaan ambil berat dan perlu dilaksanakan. Ini kerana saya ambil kira begini :

2. Kita mempunyai aset yang banyak di FELDA dalam bentuk tenaga manusia ataupun sumber manusia dikalangan generasi kedua FELDA. Kalau kita ada Universiti FELDA, mungkin kita akan lebih manfaatkan lagi hasrat untuk melahirkan generasi kedua yang akan menjadi aset kepada negara dalam pelbagai bidang kepakaran termasuk pertanian, bioteknologi dan seumpamanya, berbanding kita hanya memberi insentif - insentif untuk mereka masuk bersaing dalam universiti - universiti yang lain.

3. Kalau kita ada Universiti FELDA , mungkin kita boleh memberi fokus yang lebih tepat dan juga baik kepada generasi kedua FELDA. Ini kerana agensi - agensi gergasi yang lain macam petronas, mereka ada universiti mereka masing - masing. Kenapa tidak FELDA ? Saya percaya FELDA mempunyai kemampuan.

4. Saya dapat maklumat, geran yang dibayar oleh FELDA kepada Universiti Lim Kok Wing ialah RM 25 juta setahun. Kita juga sudah ada Kolej FELDA, kita sudah ada MRSM FELDA. So, kenapa kerajaan masih bimbang ataupun tidak mahu menubuhkan Universiti FELDA ? itu satu .

5. Kemudian kedua, saya hendak tanya berapa sebenarnya peruntukan yang telah digunakan oleh kerajaan selain daripada geran kepada Universiti Lim Kok Wing tadi, kepada kolej FELDA dan juga MRSM FELDA.

Terima Kasih

Dato' Razali bin Ibrahim : [Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

Saya tidak ada maklumat detail tentang perbelanjaan atau pembiayaan FELDA, bukan kepada FELDA, kepada MRSM, kepada kolej ataupun kepada Universiti Lim Kok Wing. Akan tetapi jumlah yang saya bacakan tadi yang tahun 2013 adalah kepada penerima - penerima tersebut termasuk mereka yang belajar di University Lim Kok Wing, Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Lim Kok Wing.

Akan tetapi dalam menjawab soalan tentang keperluan untuk mengadakan universiti ini, ia pernah dibincangkan. Buat masa ini, daripada segi perbelanjaan hendak menyelia sebuah universiti milik penuh FELDA, itu yang tidak diteruskan. Namun begitu saya tidak menolak sebarang kemungkinan untuk perkara itu boleh berlaku suatu masa nanti bergantung kepada kemampuan FELDA untuk menguruskannya.

Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini,mterhadap apa yang telah kita laksanakan, kita telah pun berjaya melihat seramai 44 daripada pelajar tumpuan kita yang kita hantar dalam jurusan - jurusan profesional yang telahpun kita ambil bekerja dengan FELDA. Maknanya daripada 54 orang pelajar ini, seramai 44 orang sudah berkhidmat dengan FELDA.

Saya tidak menolak kemungkinan bahawa memang inisiatif ini telah pun memberi manfaat kepada warga FELDA keseluruhan. Jadi saya harap Yang Berhormat teruslah menyokong FELDA dan doa supaya FELDA dapat keuntungan berlipat kali ganda untuk kita merealisasikan hasrat anak - anak FELDA tadi.

Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh


0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive