HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, November 17, 2014

Risalah Dakwah. Siri 072

Risalah Dakwah. Siri 072

Produk Knowledge ~ vol 2

1. Rasulullah saw. Merupakan role model yang terbaik dalam menerangkan kepada manusia akan ajaran yang dianggap dagang ( asing ) ini. Baginda saw menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan antaranya tamsil (perumpamaan) alam sekitar , logik , pujukan , tawaran , amaran , lisanul hal (bahasa badan) , khutbah dan lain – lain lagi . 

2. Segala kegiatan dakwah atau penerangan dengan menggunakan apa jua medium yang ada hendaklah mengandungi ciri – ciri berikut : 

i~ Penerangan sebagai I’LAM , iaitu proses untuk menyalurkan maklumat ( to inform ) mengenai fakta , sesuatu yang baru , menarik dan sebagainya.

ii ~ Penerangan sebagai TA’LIM , bermatlamat ke arah memberi pengajaran dan pelajaran untuk mempengaruhi ( to influence ) bagi mengubah fikiran dan pendirian atau untuk menggerakkan mereka agar aktif . 

iii ~ Penerangan sebagai IRSYAD , bermatlamat ke arah membimbing dan tunjuk ajar. Suatu tugas untuk inspirasi ( to Inspire ) tentang kebaikan ( makruf ) supaya dihayati dan kemungkaran supaya dihindari . 

iv ~ Penerangan sebagai DAKWAH , bermatlamat ke arah menyeru dan mengajak kepada perubahan sikap serta bertindak membangun yang makruf dan meruntuhkan yang mungkar. 

3. Kesimpulannya , konsep dakwah atau penerangan ialah untuk menerangkan dasar perjuangan untuk menarik sokongan orang ramai kepada perjuangan Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS ( Basyiiran wa Naziiran ) . Konsep penerangan bukan sahaja melalui lidah tetapi juga tingkah laku ( Lisaanul Hal ) , penulisan dan sebagainya . Apa yang penting ialah pendakwah kita mesti menjadi orang yang berjaya menarik orang lain untuk bersama dengan perjuangan Islam. 

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

www.perjuanganku.com
#risalahdakwah


0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive