HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, November 17, 2014

Risalah Dakwah. Siri 071

Risalah Dakwah. Siri 071 

Produk Knowledge ~ vol 1

1. Seseorang tidak akan berubah melainkan setelah ada maklumat . Kita tidak akan membeli satu barang melainkan setelah kita mengetahui khasiat dan kebaikannya. Ini menggambarkan betapa pentingnya penerangan dalam suatu hal untuk meyakinkan seseorang bagi mendapat sesuatu . 

2. Menyampaikan ceramah , kuliah atau apa jua bentuk penerangan, ia umpama hendak menjual sesuatu produk kepada orang lain , produk yang baik dan berkualiti sekalipun , kalau tidak diterangkan dengan teknik dan strategi yang berkesan pasti tidak ada pembelinya , malahan produk yang tidak berkualiti pula , kalau disampaikan, dipromosi dan dikempen dengan hebat dan baik pasti akan menarik orang ramai untuk membelinya. 

3. Orang yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan produk ialah jurujual itu sendiri . Bagi menarik orang ramai membeli produk tersebut , jurujual akan menggunakan kepetahan bercakap , penampilan dirinya yang kemas , bahasa yang cukup menawan dan berbagai – bagai aksi lagi , disertai pula dengan demontrasi barangan . Sudah pasti cara ini akan menarik minat orang ramai membelinya . Begitulah para pendakwah , produk yang kita hendak pasarkan ialah Islam dan PAS sebagai wadah atau platform perjuangan . Produk yang akan kita pasarkan ini memerlukan teknik , taktik dan strategi yang sesuai dengan suasana setempat , situasi semasa , budaya dan sebagainya . Inilah hikmah atau kebijaksanaan dalam dakwah.

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Surah An Nahl : 125

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

www.perjuanganku.com
#risalahdakwah
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive