HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, November 19, 2014

Perkongsian dari Parlimen : 04

Perkongsian dari Parlimen : siri 04

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
11 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Kewangan.
Bekalan B10/P10
Program 030300 :
Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)
Di bawah Butiran 030000 :
Perkhidmatan Penilaian.
Peruntukan Keseluruhan : RM138 juta
Peruntukan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) : RM10.3 juta
_________________________
Lebihan Penawaran Sektor Pembinaan Kediaman, Pejabat dan Kompleks Membeli Belah Mewah di Bandar-Bandar di Malaysia
1.    Berdasarkan kepada konsep outcome based budget, prinsip prioriti perbelanjaan dan amalan kewangan berhemah, beberapa projek kediaman, pejabat dan kompleks membeli belah mewah harus dinilai semula kerana ia dianggap tindakan pemborosan serta tidak releven. 
2.    Dalam satu laporan kajian Syarikat C H Williams Talhar & Wong Sdn. Bhd. (WTW), kawasan Lembah Klang menghadapi masalah lebihan penawaran. Segmen kediaman kondominium mewah merekodkan lebihan paling tinggi iaitu sekitar 32% daripada 27,000 unit yang ditawarkan tidak termasuk jangkaan lebih kurang 5,204 unit baharu pada tahun 2014. Selain kondominium mewah, kadar kekosongan unit pejabat mencapai 14 peratus daripada 90 juta kaki persegi yang ditawarkan. Begitu juga kekosongan ruang pusat membeli belah adalah 10 peratus daripada 44 juta kaki persegi yang disediakan pada tahun 2013.
3.    Menurut beberapa liputan berita ekonomi dan bisnes di dalam tabloid mingguan, Iskandar Malaysia turut berhadapan dengan lebihan penawaran. Syarikat-syarikat pembinaan gergasi dari China seperti Ghuangzhou R&F dan Hao Yuan Investment telah membeli 116 ekar tanah di Iskandar Malaysia untuk pembinaan fasa pertama Princess Cove yang meliputi segmen hartanah-hartanah mewah yang telah dikatakan sebentar tadi.   
4.    Lebihan penawaran ini akan terus berlaku disebabkan beberapa polisi kerajaan yang mengekang permintaan pasaran bagi meredakan lambungan harga hartanah dan hutang isi rumah. Malah, lebih menakutkan ialah berdasarkan kepada persekitaran ekonomi antarabangsa yang mana ekonomi negara banyak bergantung kepada pasaran luaran sepertimana yang telah dihuraikan secara jujur oleh YB Gua Musang dalam ‘Surat Kepada Ahli-Ahli Parlimen’ yang telah disiarkan pada 31 Oktober yang lalu. Kerajaan disaran berhati-hati dan mengambil pengajaran daripada Krisis Kewangan Global 2008 yang merencatkan ekonomi Dubai yang sarat dengan pelaburan pembinaan hartanah mewah. 
5   Saya turut ingin memohon penjelasan berhubung Projek hartanah Medini yang berkeluasan 902.44 hektar, di Nusajaya, Iskandar Malaysia. Daripada maklumat yang saya fahami, projek ini tidak mempunyai apa-apa limitiasi terhadap pemilikan warga asing. Ia mendapat pengecualian Real Property Gain Tax (RPGT), tiada had harga minimum pembelian hartanah bagi warga asing dan mana-mana syarikat pemaju dan badan pengurusan yang diluluskan beroperasi di Medini layak mendapat pengecualian cukai pendapatan sehingga tahun 2020 di bawah ‘incentive and support packages’. Ini jelas bercanggah dengan polisi yang ditetapkan oleh kerajaan dalam Bajet 2014 yang dibentangkan pada tahun lalu.

Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive