HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, November 19, 2014

Perkongsian dari Parlimen : 05

Perkongsian dari Parlimen : siri 05

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
11 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Kewangan.
Bekalan B10/P10
Program 090300 : Ubaisuai Pejabat
Program 090500 : Bayaran Perkhidmatan Perunding.
Program 091500 : National Entrepreneur Development Office (NEDO)
Di bawah Butiran 090000 : "One-Off"
👉 Peruntukan Keseluruhan : RM334.2 juta
Peruntukan Ubahsuai Pejabat : RM1.2 juta
Peruntukan Bayaran Perkhidmatan Perunding : RM11 juta
Peruntukan NEDO : RM8 juta
________________________
Tuan Pengerusi,
Saya ingin merujuk kepada Butiran 090300 - Ubahsuai Pejabat, 090500 - Bayaran Perkhidmatan Perunding dan 091500 - National Entrepreneur Development Office

Langkah Penjimatan 

1.    Butiran-butiran yang saya bangkitkan ini perlu diberikan penjelasan memandangkan pada bulan Disember 2013, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan 11 langkah penjimatan dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam. 

2.    Antara langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah pembekuan permohonan bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan agensi dan premis kerajaan, mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan dan mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis. 

3.    Butiran 090300 bagi ubahsuai pejabat dianggarkan menelan perbelanjaan sebanyak RM 1.23 juta, Butiran 090500 bagi bayaran perkhidmatan perunding dianggarkan sebanyak RM 11 juta dan bayaran untuk Butiran 091500 menelan perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM 8 juta.

4.    Oleh yang demikian, saya memohon justifikasi kerajaan dalam ketiga-tiga butiran tersebut kerana ia dilihat bercanggah dengan langkah penjimatan yang telah diumumkan tidak sampai setahun yang lalu.

Akhirnya Tuan Pengerusi, saya mengingatkan, Firman Allah swt :

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Surah Al Isra' : Ayat 27

Jadi mudah - mudahan kita bebas darioada amalan - amalan pembaziran setelah kita sendiri menetapkan langkah penjimatan, maka sewajarnya ia dapat dipatuhi. 
Sekian terima kasih.

Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive