HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, November 19, 2014

Perkongsian dari Parlimen : 07

Perkongsian dari Parlimen : siri 07
[ UTAMAKAN KAMPUNG WIRELESS ]

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
19 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Komunikasi & Multimedia
Bekalan B47/P47
Program 030100 : Komunikasi
Di bawah Butiran 030000 : Komunikasi
Peruntukan Keseluruhan : RM65.7 juta
Peruntukan Komunikasi : RM65.7 juta
_________________________

1.    Saya merujuk kepada objektif dan prestasi aktiviti program 3 : komunikasi pada muka surat 553 dan butiran 030000 pada muka surat 562 buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015. Berlaku peningkatan yang terlalu tinggi bagi peruntukan tersebut untuk kod 40000 (Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap) iaitu daripada RM 2.5 juta (anggaran 2014) kepada RM 56.4 juta (anggaran 2015). Mohon perincian daripada pihak kerajaan. 

2.    Selain itu, saya ingin merujuk kepada Dana Peruntukan Perkhidmatan Universal (USP Fund) sepertimana yang termaktub dalam Peraturan 27 (1) Komunikasi dan Multimedia (Penyediaan Perkhidmatan Universal). Dana ini adalah antaranya untuk membantu kawasan luar bandar dan mereka yang kurang mampu akses internet. Syarikat-syarikat telekomunikasi diwajibkan untuk menyumbang sebanyak 6% daripada pendapatan bersih (melebihi RM 2 juta) untuk dana ini.

3.    Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Penyata Tahunan Pemberian Perkhidmatan Sejagat 2013, sumbangan yang terkumpul adalah sebanyak RM 11.26 bilion dari syarikat - syarikat telekomunikasi tersebut. Manakala pembayaran yang telah dikeluarkan untuk projek-projek PPS / USP telah mencecah sebanyak RM 4.44 bilion. Sementara itu salah satu projek daripada dana ini ialah projek telefoni awam. Sebanyak 2,408 telefoni awam telah dinaik taraf di seluruh negara pada tahun 2013.

4.    Daripada maklumat tersebut, saya ingin mempersoalkan mengapa pembayaran bagi projek telefoni awam menjangkau sehingga RM 90 juta (2013)?  Sedangkan telefoni awam ini tidak ramai orang menggunakannya berbanding telefon mudah alih yang ada hari ini. Ini bermakna secara purata perbelanjaan yang diperuntukkan untuk sebuah telefoni awam adalah sebanyak RM 37,375. 

5.    Walhal, dengan evolusi PPS/USP (Universal Service Provider), kadar penembusan internet dan jalur lebar serta perluasan liputan selular, jumlah perbelanjaan tersebut boleh dikurangkan dan diagihkan kepada projek Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia yang hanya menelan belanja sebanyak RM 77.8 juta (835 projek) pada tahun 2013. 
Mohon penjelasan dari pihak kementerian.

Terima kasih

Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh


0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive