HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, November 20, 2014

Risalah Dakwah. Siri 073

Risalah Dakwah. Siri 073

Jangan Berpeluk Tubuh

1. Seringkali alasan dikemukakan untuk TIDAK  turun bergelanggang bagi menyampai risalah dan memperjuangkan Islam. Alasan itu akhirnya melemahkan ummat Islam justeru alasan boleh dicipta dan direka tanpa ada penyudahnya. Ingatlah Firman Allah swt :

إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ

Sesungguhnya orang yang akan meminta izin  (dengan mengemukakan pelbagai alasan) kepadamu (untuk tidak disenaraikan sebagai delegasi yang turung berjuang) hanyalah orang-orang yang TIDAK beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.

Surah at Taubah : 45

2. Kita tiada pilihan ! Saksikan bagaimana keadaan ummah di luar sana. Mereka keliru tanpa bimbingan, mereka hanyut tanpa dahan berpaut, mereka alpa tanpa isyarat yang menyedarkan, mereka sesat tanpa cahaya yang memandu. Apakah kita masih rela dan tega untuk berpeluk tubuh ? dengan 1001 alasan yang kita ungkapkan ? Allah swt telah tegaskan :

وَلَوْ أَرَادُوا الْخُرُوجَ لَأَعَدُّوا لَهُ عُدَّةً وَلَٰكِن كَرِهَ اللَّهُ انبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُوا مَعَ الْقَاعِدِينَ

Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berjuang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".

Surah at Taubah : 46

3. Semoga kita tidak tinggal bersama orang yang qaai'din (duduk berpeluk tubuh) tanpa melibatkan diri bersama gerakan Islam melunas amanah perjuangan demi mengembalikan izzah (kemuliaan dan kehebatan) ummah serta menegakkan syariat Allah swt. di atas tanahair tercinta ini. Bangkitlah wahai para duat !(pendakwah) 

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

#risalahdakwah


0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive