HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, November 21, 2014

Risalah Dakwah. Siri 074

Risalah Dakwah. Siri 074

Qaai'datus Sulbah ( Golongan Teras )

1. Islam mesti diperjuangkan dengan gigih, cekal, munazzamah (sistematik) dan strategik, sungguhpun ia adalah suatu yang benar. Kebenaran yang diperjuangkan tanpa sistematik dan gerak tindak yang strategik maka ia dapat ditewaskan oleh perancangan musuh yang licik dan penuh tipu helah. Benar kata Saidina Ali Karramallahu Wajhah :

الحقُّ بدونِ النِظام يَغْلِبُهُ الباطِلُ بالنِّظام

Kebenaran yang diperjuangkan tanpa sistematika perjuangan akan dapat dikalahkan oleh Kebathilan yang diperjuangan secara terancang dan licik.

2. Memahami realiti tersebut, kita tidak boleh berpeluk tubuh dan berpada atau pasrah dengan apa yang berlaku. Harapan tidak akan tertunai jika hanya memandang dengan sepi sebagaimana kejayaan tidak akan tercapai jika hanya tahu merungut, mengomen dan mengkritik. Perubahan tidak akan berlaku tanpa kebangkitan terancang, menyusun strategi yang mantap dan sistematika langkah yang kemas. 

3. Ayuh para duat ! Lihatlah bagaimana Islam dan jamaah ini sedang dikepong dari segenap arah. Jangan membisu lidah dan membatu diri. Ayuh kita bekerja bagi melahirkan golongan teras ( Qaai'datus Sulbah ) yang memiliki :

i ~ Aqidah yang Sohih ( benar )
ii ~ Fikrah yang Sorih ( jelas )
iii ~ Akhlak yang Solih ( baik )

Suatu golongan yang :

i~ mempunyai tahap kesetiaan (wala') yang tinggi kepada Jamaah 

ii ~ patuh (taat) kepada pemimpinnya (selama mana tidak disuruh melakukan perkara  mungkar).

iii ~ memiliki tahap keiltizaman (komitmen) yang tinggi terhadap aktiviti Amal Islami.

Berapa ramai kita perlukan ? Alangkah kalau kita memiliki team sebagaimana yang disebut oleh Nabi saw :

عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه و سلم : " خَيْرُ الصَّحَابَةِ أَرْبَعَةٌ، وَخَيْرُ السَّرَايَا أَرْبَعُ مِائَةٍ، وَخَيْرُ الْجُيُوشِ أَرْبَعَةُ آلَافٍ، وَلَنْ يُغْلَبَ اثْنَا عَشَرَ أَلْفًا مِنْ قِلّةٍ

“Sebaik-baik bersahabat 4 orang, sebaik-baik pasukan 400, sebaik-baik tentera 4000, dan orang Islam tidak boleh dikalahkan kalau jumlah mereka 12000 paling kurang.”

Riwayat : Abu Dawud.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

www.perjuanganku.com
#risalahdakwah

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive