HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, November 22, 2014

Risalah Dakwah. Siri 075

Risalah Dakwah. Siri 075

Infiru

1. Kehadhiran para duat sangat dinanti malah dirindui oleh masyarakat yang sedang dilanda serangan pemikiran mutaakhir ini. Hadhir untuk memurnikan pemikiran dan membuat pencerahan terhadap pelbagai kekeliruan yang dicetuskan oleh jaringan Islam liberal sebagai contoh. Para duat jangan pandang remeh perkara ini. Membiarkan minda mereka celaru dan keliru dengan pelbagai aliran pemikiran ini boleh mengembalikan kesan negatif kepada ummah jangka panjang.

2. Infiru ! ( segeralah bangkit berjuang ) untuk sebar risalah Islam dengan ilmu wahyu dan akhlak soleh sekaligus menangkis segala fitnah yang ditabur kepada Islam dan mempertahankan Islam dari perancangan musuh yang mahu merosakkan aqidah, fikrah dan syakhsiyah ummah.

إِلَّا تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Jika kamu tidak segera bangkit (untuk berjuang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Surah At Taubah : 39

3. Saya peringatkan diri saya dan semua rakan - rakan duat ( pendakwah ) bahawa kegagalan kita memperjuangkan amanah perjuangan ini adalah merupakan satu dosa besar kepad kita.
Dengar dan hayati penegasan visual berduration 6 minit dibawah : 

"Nasrudin Tantawi ~ Kegagalan Memperjuangkan Amanah Allah Adalah Satu Dosa Besar …: http://youtu.be/EN3FqW07-Ak

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

www.perjuanganku.com
#risalahdakwah

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive