HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, November 25, 2014

Perkongsian dari Parlimen : siri 08

Perkongsian dari Parlimen : siri 08

[ Status Penggunaan Senjata Kimia ]

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
25 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Luar Negeri
Bekalan B13/P13
Program 110100 : Pihak Berkuasa Kebangsaan Kepada Konvensyen Senjata Kimia.

Di bawah Butiran 110000 : Pihak Berkuasa Kebangsaan Kepada Konvensyen Senjata Kimia.

Peruntukan Keseluruhan : RM1.6 juta
Peruntukan Pihak Berkuasa Kebangsaan Kepada Konvensyen Senjata Kimia : RM1.6 juta
____________________________

Dato' Pengerusi,

Saya merujuk kepada Butiran 110100 - Pihak Berkuasa Kebangsaan Kepada Konvensyen Senjata Kimia

1.    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada Tuan Mohd Nasrudin Mohd Yusof, rakyat Malaysia pertama yang telah menerima anugerah Nobel Keamanan 2013 atas pencapaian perkhidmatannya dalam memastikan negara anggota mematuhi Konvensyen Senjata Kimia.

2.    Berhubung dengan butiran ini, kita dimaklumkan bahawa penggunaan senjata kimia di Syria didakwa didalangi oleh regim pemerintahan yang kejam sehinggakan pihak PBB dan Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) menjalankan misi memusnahkan senjata kimia tersebut.

3.    Pemusnahan senjata kimia ini memerlukan kepakaran teknikaliti yang cukup tinggi. Tidak semua negara mahupun syarikat swasta berupaya untuk memusnahkan senjata kimia tersebut.

4.    Berdasarkan kepada peruntukan Bajet 2015 di bawah butiran ini, bolehkah saya dapatkan penjelasan mengenai status penggunaan senjata kimia di seluruh dunia samada di Syria, Amerika Syarikat dan sekutunya Israel memandangkan perwakilan negara kita telah didedahkan dengan pelbagai latihan serta pemeriksaan di peringkat antarabangsa.

5.    Saya juga ingin mendengar penjelasan daripada kerajaan sekiranya Malaysia terlibat dalam aktiviti eksport import bahan kimia dwifungsi yang disenaraikan di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010. Jika ada, siapakah rakan niaga tersebut, syarikat yang mengendalikan serta jumlah dagangannya.  

Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive