HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, November 12, 2014

Risalah Dakwah. Siri 065

Risalah Dakwah. Siri 065

Mati Rasa lebih bahaya dari Mati Pucuk

1. Suatu yang sangat parah apabila ummat Islam hilang daya sensitiviti ( mati rasa ). Sedang musuh sangat tinggi dendam kesumat mereka terhadap ummat Islam. Firman Allah swt :

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا 

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. 

Surah Al Maaidah : ayat 82

2. Malah musuh Islam tidak pernah kenal penat dan bosan merancang serta mengatur strategi merosakkan aqidah, fikrah dan syakhsiyyah ummat Islam. Firman Allah swt :

وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا 

Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); 

Surah Al Baqarah : ayat 217

3. Justeru itu ummat Islam mesti peka dan sensitif. Mesti rasa cemburu, rasa diancam, rasa tercabar dan sebagainya. Jangan mati rasa. Mati rasa lebih bahaya dari mati pucuk. Ummat Islam mesti dapat merasai kehadhiran musuh dalam jalur fikir yang pelbagai untuk melumpuhkan fundamental Islam. Jaringan Islam Liberal, pluralisme dan sebagainya antara platform jalur fikir yang dimanafaatkan sepenuhnya oleh musuh Islam untuk meracuni aqidah dan fikrah ummah dengan menampilkan Islam versi yang terpisah dari wahyu dan sunnah, juga Islam tanpa Syariat.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

#risalahdakwah

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive