HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, November 12, 2014

Risalah Dakwah. Siri 066


Risalah Dakwah. Siri 066

Berat 66

1. Sememang Islam menghormati agama lain dengan tidak mengganggu hak mereka beragama. Islam tidak memaksa pihak lain menerima Aqidah dan Syariatnya justeru Islam bukan agama paksaan sebaliknya agama yang berasaskan rela dan patuh kepada Allah swt dan RasulNya saw. Namun dalam masa yang sama seorang muslim tidak boleh mengatakan anutan aqidah selain Islam itu sebagai benar dan boleh diterima. Kalau masih ada dari kalangan ummat Islam menerima aqidah anutan selain Islam, memang berat 66 😣.

2. Terdapat pihak mendakwa "We are All Allah's Children" atau "Kita semua adalah anak - anak Allah". Dakwaan ini adalah salah dan bercanggah dengan aqidah Islam. Sekalipun ada pihak cuba menafsirkan "Allah's children" atau "anak-anak Allah" itu sebagai makhluk ciptaan Allah bukan anak Allah sebagaimana yang difahami secara literal. Tafsiran sedemikian juga salah dan bertentangan dengan syara'. Kerana soal aqidah sebegini tiada "majaz" padanya. ( soal aqidah tidak boleh digunakan perkataan pinjaman, samaran, gurauan atau berlapik sekalipun.)

3. Perkataan yang mahu dipilih dalam perkara yang berkait dengan aqidah mestilah jelas. Kalau mahu dimaksudkan sebagai makhluk yang dicipta oleh Allah maka guna perkataan makhluk, jangan guna perkataan anak Allah atau Allah's Children atau Abna' Allah.' 

Lihat bagaimana teguran Al Quran dalam hal ini.

وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَىٰ نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُم بِذُنُوبِكُم بَلْ أَنتُم بَشَرٌ مِّمَّنْ خَلَقَ يَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاءُ وَلِله مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali"

Surah Al Maaidah : ayat 18

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

www.perjuanganku.com
#risalahdakwah

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive