HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, November 8, 2014

Risalah Dakwah. Siri 064

Risalah Dakwah. Siri 064

Islam Adalah Penyelamat

1. Terlalu lama negara kita tersangkar dalam sebuah kehidupan yang mengenepikan Islam sebagai cara hidup, akhirnya Islam menjadi asing kepada rakyat umum kecuali hanya dalam perkara ibadah rutin. Solat, puasa, zakat dan haji. Soal undang - undang Islam sangat jauh dari pemerhatian dan pengetahuan kebanyakan masyarakat kita hari ini. Malah terdapat sebahagian ummat Islam yang bersikap prejudis terhadap syariat dan undang - undang Islam. Kalaupun mereka mahukan Islam, Islam yang mereka mahu hanyalah Islam tanpa syariat.

2. Mereka mendakwa bahawa Syariat Islam tidak akan dapat memberi keadilan kepada rakyat khasnya non muslim, sedang undang - undang Islam ini tidak pernah diberi peluang untuk berdaulat dan dikuatkuasakan dalam pemerintahan moden negara kita sebagaimana yang dikehendaki oleh yang Maha Pencipta Allah swt. Mereka bimbang tiada keupayaan dan kemampuan melaksanakan undang - undang Islam lalu mendatangkan fitnah kepada Islam. 

3. Persoalannya negara kita telah merdeka lebih 50 tahun dan telah berjaya melahirkan ramai tenaga pakar dalam pelbagai bidang. Samaada menerusi universiti dalam negara mahupun yang dididik di luar negara. Jika isu kepakaran tenaga menjadi halangan untuk perlaksanaan undang - undang, bukankah universiti dalam negara kita mempunyai fakulti undang - undang Islam ? Manafaatkan pensyarah dan "best student"nya untuk membantu perlaksanaan syariat atau undang - undang Islam.

Firman Allah swt :

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

www.perjuanganku.com
#risalahdakwah

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive