HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, November 14, 2014

Risalah Dakwah. Siri 068

Risalah Dakwah. Siri 068

We Are All Allah's Children ? ~ vol 2

1. Menduga dan menafsirkan ungkapan "we are all Allah's children" sebagai "kami semua makhluk ciptaan Allah" juga salah. Tafsiran itu mengelirukan. Lantaran perkara aqidah tidak boleh diungkap dengan perkataan "majaazi" (iaitu perkataan yang bukan hakiki). Seperti terdapat individu yang menunjuk ke arah sebatang pokok lalu berkata:"itu adalah Allah !". Meskipun individu itu mempunyai maksud yang berbeza dari apa yang diungkapnya secara literal, syara' tetap menghukum perkataan itu adalah syirik dan membatalkan aqidah individu yang melafazkan ungkapan tersebut.

2. Terdahulu golongan Nasara menganggap Isa Al Masih adalah anak Allah. Lalu terdapat pihak yang berhujjah, mana mungkin mereka (Yahudi dan Nasara) pula mengaku diri mereka sebagai anak Allah ?  Kerana kelak, apa lah istemewanya Nabi Isa disisi agama Nasara (kristian) kalau diri mereka juga adalah anak Allah ? Ini tentunya akan merosakkan theologi agama mereka. Maka "we are all Allah's children" di justify sebagai bermaksud "kami semua adalah ciptaan Allah" bukan "kami semua adalah anak Allah"

3. Ungkapan "we are all Allah's children" atau "Nahnu Abnaa' Allah" dalam bahasa Arab adalah sememangnya ungkapan dan pegangan golongan Yahudi dan Nasara. Kita tidak perlu back up pegangan tersebut. Mari kita lihat bagaimana Allah swt jelaskan perkara ini dalam surah Al Maaidah ayat ke 18 : 

وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَىٰ نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ 

( Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya" )

🔴 Allah swt sendiri dedahkan bahawa Yahudi dan Nasara menggunakan ungkapan "kami adalah anak Allah". Ia bukan perkataan "majaazi" atau kiasan yang boleh ditafsir sebagai "kami adalah ciptaan Allah". Justeru itu Allah swt menegur :

قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُم بِذُنُوبِكُم بَلْ أَنتُم بَشَرٌ مِّمَّنْ خَلَقَ 

( Katakanlah wahai Muhammad): "(Kalau betul kamu anak Allah), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? ( kerana tidak mungkin anak Allah berdosa. Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan bahawa kamu adalah anak Allah) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. )

🔴 Allah swt sebagai Tuhan Yang Maha Mengetahui telah memerintahkan Nabi saw supaya menolak dakwaan Yahudi dan Nasara bahawa mereka adalah anak Allah. Jelas di sini tidak berbangkit kononnya hakikat ungkapan "Nahnu Abnaa' Allah" atau dalam bahasa inggerisnya "we are all Allah's children" sebagai "kami semua adalah ciptaan Allah" . Jika benar hakikat perkataan itu bermaksud kami adalah ciptaan Allah, maka tidak perlulah Allah swt menempelak kenyataan mereka.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

#risalahdakwah

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive