HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, November 14, 2014

Risalah Dakwah. Siri 069

Risalah Dakwah. Siri 069

We Are All Allah's Children ? ~ vol 3

1. Satu lagi kekeliruan ramai timbul apabila  "we are all Allah's children" disyarah pula sebagai simbol kepatuhan seorang hamba kepada tuhannya sebagaimana seorang anak patuh kepada ayahnya. Justeru itulah mereka ungkapkan kalimah "we are all Allah's children". Apa yang boleh saya tegaskan disini betapa syarah ini juga batil. Semata - mata kerana mahu membenarkan ungkapan kalimah "we are all Allah's children" , satu lagi kekeliruan dicetuskan.

2. Tiada masaalah bagi mana - mana pihak yang mahu berpegang dengan makna apa sekalipun terhadap kalimah "we are all Allah's children", tetapi tidak bagi seorang muslim. Muslim mempunyai manhaj aqidahnya yang tersendiri. Allah swt adalah Tuhan Yang Maha Esa dan satu - satunya yang layak disembah. Tiada anak baginya sebagaimana Ia tidak diperanakkan. Kepatuhan kepadaNya sebagai Tuhan Yang Maha Mencipta, tidak sama sekali serupa dengan kepatuhan seorang anak terhadap bapa atau ibunya.

3. Kepatuhan seorang hamba terhadap Tuhan yang Menciptanya adalah kepatuhan mutlak. Berbeza dengan kepatuhan seorang anak terhadap ibubapanya adalah kepatuhan bersyarat iaitu selama mana ibubapanya patuh kepada Allah swt atau tidak menyuruh anaknya melakukan perkara mungkar. Kerana Nabi saw bersabda :

لا طاعةَ لمخلوقٍ في معصيةِ الخالقِ

Tiada ketaatan kepada makhluk (yang dicipta) dalam perkara yang memaksiatkan khaliq (pencipta).

Riwayat : at Thabarani


Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

#risalahdakwah

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive