HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, March 14, 2015

Perkongsian dari Parlimen : Siri 11

Perkongsian dari Parlimen : Siri 11

MENUNTUT LAPORAN PENUH PT3

1. Sejak keputusan sulung Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) diumumkan pada 22 Disember 2014, Kementerian Pendidikan masih gagal mengemukakan laporan keseluruhan pencapaian 453,413 orang pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut.

2. Pihak Kementerian Pendidikan juga tidak membuat pengumuman rasmi dan tidak memaklumkan analisis pencapaian para pelajar sepertimana yang lazim dilakukan untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) sebelum ini.

3. Walau bagaimanapun, Menteri Pendidikan Kedua telah mengakui terdapat pelbagai kelemahan dalam pelaksanaan PT3 tersebut. Begitu juga maklum balas para guru, PIBG, ibu bapa dan para pelajar sendiri yang masih keliru dengan kaedah pentaksiran yang dilakukan.

4. Kita akur bahawa PT3 sama sekali tidak boleh dibandingkan secara seimbang dengan orientasi PMR, namun pelaksanaannya pada tahun 2014 dilihat dijalankan secara tergesa-gesa setelah kerajaan membuat keputusan untuk memansuhkan PMR.

5. Antara isu-isu yang ditimbulkan ialah tahap keberkesanan teknik soalan berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, tahap kefahaman panduan penskoran oleh guru-guru, integriti para guru dan persediaan masa pelajar untuk menyesuaikan diri dengan pendekatan baru PT3.

6. Dengan ini, saya mendesak supaya analisis keseluruhan pencapaian sulung PT3 mesti segera dilaporkan di Dewan Rakyat dan kepada umum untuk penilaian awam sebelum pihak kerajaan melancarkan secara rasmi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015 - 2025 yang dijangka akan diadakan pada hujung Mac ini.

Sekian

Nasrudin bin Hassan
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia
www.perjuanganku.com


13 Mac 2015 | 22 Jamadil Awwal 1436

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive