HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, March 3, 2015

Sekali Serban di Lilit. Siri 04

Sekali Serban di Lilit. Siri 04

Benchmark Baru Kepimpinan

Oleh : Pendekar Sakti
www.perjuanganku.com

1. Keadaan tubuh yang masih lesu, tidak banyak pergerakan yang boleh saya lakukan.  Sekadar berehat dan membaca. Alhamdulillah, berkat doa sahabat handai kini saya semakin pulih. Tidak sabar rasanya untuk kembali memacu kuda hitamku ke medan juang. Terasa sunyi lama dipembaringan begini. 

2. Semalam saya sempat menonton Belasungkawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang disiarkan oleh Astro Oasis. Seketika membawa saya kembali mengenang Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Saya mula mengenal al Marhum sejak berusia 15 tahun iaitu pada tahun 1985. Minat saya kepada Al Marhum Tuan Guru tertumpu kepada pendekatan dan kaedah penyampaian ilmunya. Sangat unik dan segar. Kaya dengan bidalan klasik dan perumpamaan kontemporary. Kuliah ilmu dan ceramah politiknya hidup. Membangun minda dan menyegarkan jiwa. Jauh dari maki hamun dan kata - kata kesat sekalipun kepada lawan politiknya.

3. Saya tertarik dan sangat bersetuju dengan pandangan ringkas Dato' Hishamudin Karangkraf yang turut dimuatkan dalam rencana Belasungkawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Astro Oasis semalam. Kata beliau, kepimpinan al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dikenali sebagai sangat rajin membaca dan tekun melazimi Al Quranil Kareem menjadi benchmark baru kepimpinan selepas ini. Sesiapa yang mahu menjadi pemimpin, kena rajin baca Al Quran, tadabbur Al Quran 30 juzuk dan mempraktiskan ajaran al Quran dalam kepimpinan dan hidupnya.

4. Satu pandangan yang sangat bermakna. Justeru pemimpin bukan sekadar terhenti pada urusan dirinya dengan orang yang dipimpin tetapi terus bersambung dengan Allah Azza wa Jalla. Terutama pemimpin kepada gerakan Islam, terlebih wajar menjadikan penguasaan al Quran dan keupayaan mentadabburnya sepanjang masa sebagai benchmark baru kepimpinan. Manakan tidak, Al Quran adalah Nur dan kalamulLah yang membekalkan petunjuk dan berkat. Pemimpin yang mendapat petunjuk dan diberkati Allah swt akan berjaya serta selamat di dunia dan akhirat.

5. Benchmark ini akan meletakkan pemimpin gerakan Islam berkualiti tinggi. Bukan hanya pada kepintaran berpolitik tetapi politiknya disuluh dengan cahaya hidayah Allah swt. Bukan hanya kepintaran berorganisasi tetapi organisasinya dipandu oleh pedoman Al Quranil Kareem. Bukan hanya pada penampilan imej secara zahirnya tetapi imej yang bersulamkan akhlak Al Quranil Kareem. Mendepani cabaran semasa yang semakin getir hari ini, pemimpin yang tidak mesra al Quranil Kareem sangat tidak sesuai justeru persaingan hari ini memerlukan pertolongan dari langit. Jauh sekali pemimpin yang tidak tahu membaca al Quranil Kareem dengan baik.

Sekian.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive