HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, April 27, 2015

Rompin Mengorak Perubahan. Vol 1

Parlimen Rompin Mengorak Perubahan. Vol 1

Nasrudin bin Hassan
AJK PAS Pusat

Kebangkitan Anak Muda.

1. Sekian lama Parlimen Rompin berada di bawah pentadbiran dan kepimpinan UMNO dan BN. Mempunyai 14 Tanah Rancangan Felda dengan anggaran lebih 60 peratus pengundi adalah mewakili peneroka Felda. Umum mengetahui bahawa pengundi di Tanah Rancangan Felda adalah "Fix Deposit" kepada UMNO dan BN.

2. Namun agak berbeza perkembangannya mutaakhir ini. Selain daripada fenomena media baru yang mampu mewujudkan evolusi minda khasnya dari kalangan anak muda, kini rata - rata peneroka Felda mula bangkit mempersoalkan hak dan kedudukan mereka khasnya generasi kedua Felda yang kini mengalami tekanan hidup ekoran kos sara hidup dan kadar hutang isi rumah yang makin meningkat.

3. Kebetulan calon yang dikemukakan oleh PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Rompin kali ini iaitu Ustaz Nazri bin Hj Ahmad adalah seorang anak muda yang baru menjengah usia 40 tahun pula beliau adalah anak peneroka Felda Keratong 5. Saya melihat faktor ini adalah turning point untuk menyempurnakan kebangkitan anak - anak muda dan keseluruhan peneroka Felda amnya untuk mengangkat seorang wakil mereka ke Parlimen untuk terus membawa suara anak Felda secara langsung ke Dewan Rakyat disamping memperjuangkan isu - isu rakyat yang lain.

bersambung ....

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive