PAS Yang Lebih Dinamis. Vol 3
PAS Yang Lebih Dinamik. Vol 3
Oleh : Nasrudin bin Hassan
AJK PAS Pusat
www.perjuanganku.com
Hala Tuju PAS
1. Tanggungjawab utama pemimpin dan ahli ialah memastikan hala tuju PAS menepati arah yang betul dan sampai ke matlamat akhir yang ingin dicapai. Matlamat perjuangan kita terhenti di atas dua jenis :
Pertama : Al Ghayah (Matlamat Akhir) iaitu Mencapai Redha Allah swt. ( الله غايتنا )
Kedua : Al Hadaf (Matlamat Semasa) atau objektif yang ingin dicapai iaitu Daulah Islamiyah atau sebuah kerajaan yang mendaulatkan Syariat Islam padanya.
2. Jangan biarkan PAS terumbang ambing dibawa arus dan terikut dengan arah angin yang tidak menentu. PAS bukan sebuah jamaah yang oportunis dalam melayari pergerakkannya. Bahkan pergerakkan PAS, hala tujunya berpandukan kompas Al Quran dan As Sunnah. Tentu sahaja selayaknya manhaj yang melandasi hala tuju PAS sebagai sebuah gerakan Islam adalah berteraskan fikrah Islam yang tulen dan bebas dari pengaruh libralisme dan aneka isme yang asing dari Islam.
3. Asas keseimbangan dan kesepaduan manhaj perjuangan PAS pula adalah berpaksi atas tiga saraf tunjangnya, iaitu : Tarbiyah, Dakwah dan Siasah. Meminggirkan salah satu dari tunjang ini akan meletakkan PAS bergerak pincang dan mudah gelincir dari garis hala tuju yang sepatutnya.
4. Mutaakhir ini terdapat pihak yang meletakkan PAS hanya diatas posisi siasah. Sementara mereka menakrifkan PAS hanya sebuah parti politik semata - mata, bukan sebagai sebuah Gerakan Islam. Lantas orientasinya 100% berhenti diatas percaturan dan perkiraan politik. Islam "belakang kira", ada peluang mereka laksanakan Islam, kalau tidak, maka abaikan dulu. Mereka mencongak laluan PAS dan hala tujunya berasaskan maslahah politik semasa yang ingin dicapai. Tentu sahaja akhir percaturan mereka ialah memperolehi kuasa memerintah dan apa yang penting ialah "menang dulu". Menakluki Putrajaya tanpa syarat.
5. Tuan Guru Presiden PAS telah membetulkan hala tuju perjuangan ini dengan membawa slogan "Ke Putrajaya Bersama Islam" sebagaimana yang telah diaplikasikan di negeri Kelantan sejak pemerintahan Al Marhum Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz iaitu "Membangun Bersama Islam". Justeru asas perjuangan yang kita bawa ialah "meruntuhkan jahiliah lalu membina Islam diatas runtuhan jahiliah tersebut". Inilah konsep :
بلدة طيبة و رب غفور
Negara yang baik ( aman, maju, makmur) namun dalam masa yang sama, Tuhan mengampunkan (justeru tiada mungkar dan fasad yang serupa sebagaimana yang dilakukan oleh pihak jahiliah samaada kuno atau moden)
Surah Saba' : ayat 15
6. Kita tidak mahu menjatuhkan jahiliah tetapi membangunkan jahiliah baru diatas jatuhan jahiliah lama, kerana kelak kita akan kekal dalam kemurkaan Allah swt. Sedang matlamat akhir (ghayah) perjuangan kita ialah mencari redha Allah swt. Tiada ertilah perjuangan, tiada maknalah pengorbanan dan tiada nilailah kemenangan jika segalanya masih menuju dosa dan murka Allah swt.
7. Inilah bezanya perjuangan sebuah Gerakan Islam. Sebuah perjuangan yang menjulang Islam diatas pentas politik. Mencari kuasa politik untuk melaksanakan Islam, bukan memburu kuasa politik hanya sekadar untuk berkuasa semata - mata dan tidak menjadikan perlaksanaan syariat Islam sebagai usaha yang diperjuangkan. Jauh sekalilah untuk kita mengikat diri dengan sesuatu perjanjian dan mengisytiharkannya kepada umum bahawa kemenangan yang bakal kita capai adalah bukan untuk melaksanakan syariat Allah swt. Lantaran itu adalah satu kebathilan yang wajib dihindari.
8. Penyertaan PAS dalam pilihanraya adalah bertolak dari Ijtihad dan kaedah politik yang diputuskan oleh alim ulamak PAS terdahulu iaitu Muwaajahah bis Silmi ( berhadapan dengan lawannya secara aman bukan secara perang ). Matlamat semasanya adalah untuk menegakkan sebuah pemerintahan yang berteraskan nilai Syariat Islam. Justeru itu, tidak dinafikan kemenangan juga sangat penting untuk diraih.
9. Namun kemenangan itu adalah untuk melaksanakan Islam, bukan menang dulu, Islam dikira kemudian. Sebaliknya, perjalanan yang dipacu untuk menuju ke hala itu mestilah memuktamadkan pembawaan risalah Islam dan cita - cita menegakkannya. Jangan sekali - kali menyembunyikannya semata - mata kerana sebuah strategi yang aneh dan asing dari manhaj an Nabawiyah.
10. Dinamisme perjuangan Nabi saw jelas melalui arca seerah yang membuktikan bahawa Baginda saw tidak pernah menyembunyikan hasrat dan cita - cita menegakkan Syariat Islam. Sementelah menyembunyikan risalah Islam dan cita - cita mendaulatkannya adalah sifat mustahil bagi seorang rasul. Perjuangan yang sinambung dari qudwah al Mustafa saw adalah sebuah dinamika perjuangan yang wajib diwarisi sepanjang zaman.
bersambung ......

0 comments:
Post a Comment