Rompin Mengorak Perubahan. Vol 3
Selamatkan KPF
(Koperasi Permodalan Felda)
1. Seketika dulu, dizaman kepimpinan Datuk Sarchu Sawal, KPF berjaya menempatkan kedudukannya dalam 20 kelompok koperasi terbaik di dunia dan ranking no 1 di Malaysia dengan 246 ribu anggota dan jumlah caruman lebih RM 2 bilion . KPF juga berjaya membayar dividen sekitar 15 % setiap tahun. Namun kini KPF bukan sahaja jatuh ranking malah mengalami kerugian yang sangat besar sehingga hilang ranking.
2. Ekuiti milik KPF dalam Felda Holdings adalah 51 peratus dan aset 10 anak syarikat berkenaan yang menjadi kekuatan pelaburan KPF dianggarkan RM3.13 bilion. Bila pegangan berkurangan, segala ekuiti akan diambil alih oleh Felda dan sebagai pertukaran maka KPF akan diberikan saham 10 peratus dalam Felda. Apa yang berlaku adalah kekuatan KPF yang selama ini telus ditentukan oleh FGVH. Inilah bahana KPF disenaraikan ke dalam Felda Global Ventures Berhad (FGVH).
3. Sementara FGV pula disenaraikan ke Bursa Saham Malaysia. Apa perlunya FGV disenaraikan dalam Bursa Malaysia ? Biasanya orang menyenaraikan syarikat sebab tidak ada duit, masa tu Felda ada RM4 bilion. Mana perginya RM4 bilion sekarang ?
Datuk Sarchu Sawal, Bekas CEO Koperasi Permodalan Felda (KPF) menegaskan, "Kita kena selamatkan Felda dan selamatkan KPF. Undilah calon PAS, Insyaallah dia akan dapat bawa suara peneroka"
bersambung .....
0 comments:
Post a Comment