HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, April 28, 2015

PAS Yang Lebih Dinamik. Vol 4

PAS Yang Lebih Dinamik. Vol 4

Oleh : Nasrudin bin Hassan
AJK PAS Pusat
www.perjuanganku.com

Ke Putrajaya Bersama Islam

1. Kita memperjuangkan Islam. Kita mahu Islam tegak dan berdaulat di atas tanahair kita. Justeru itu, kita perlu menang dalam perjuangan ini. Kita berusaha ke arah kemenangan dan kita berdoa serta mengharapkan kita menang bagi membolehkan Islam dapat dilaksanakan. Segalanya berbekalkan keyakinan kita terhadap janji Allah swt :

 وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

"dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa"

Surah Al Hajj : 40

2. Namun kiranya kita ditolak oleh masyarakat kerana perjuangan yang kita dokong ini, maka apa boleh buat ? Kita sedar, inilah sunnatullah yang pernah dilalui oleh para anbiya' alaihissalam. Kita bersabar dan terus beristiqamah memacu perjuangan ini tanpa bosan, jemu dan penat memburu kemenangan. Kita memahami apa yang telah ditegaskan oleh Allah swt :

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ 

"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) adalah sesuatu yang  mudah didapati dan satu perjalanan yang dekat, nescaya mereka (munafik) akan mengikutmu; tetapi ianya sangat jauh dan sukar dirasakan oleh mereka"

Surah At Taubah : 42

3. Kalah bukan pilihan kita. Kalah bukan penamat dan penyudah kepada perjuangan kita. Kalah bukan bermakna kita salah dan mengalah. Namun kalah kerana kita gigih memperjuangkan Islam adalah lebih baik berbanding menang kerana kita berjanji untuk tidak mahu melaksanakan Islam. Kita akan terus bangkit berjuang sehingga kita gapai kemenangan yang dijanjikan oleh Allah swt.

4. Mengharapkan kita berhenti dari perjuangan suci ini atau mengenepikan Islam dari perjuangan yang didokong atau mengikat diri dengan memeterikan sebuah perjanjian untuk tidak melaksanakan Islam sekalipun menang, semata - mata kerana mahu segera berkuasa, maka ia bukan pilihan yang betul malah jelas bercanggah dengan manhaj perjuangan Nabi saw. Nabi saw pernah menolak peluang berkuasa di Makkah al Mukarramah kerana apa yang Nabi saw mahu ialah Menang Bersama Islam bukan "Asalkan Menang Dulu"

Lihat tawaran kuffar Quraisy kepada Nabi saw suatu ketika dahulu ( dan ianya tidak diterima oleh Nabi saw )

قال : يا ابنَ أخي ، إن كنتَ إنَّما تُريد بما جِئْتَ به من هذا الأمر مالاً ، جَمَعْنا لكَ من أمْوالنا حتَّى تكونَ أَكْثَرنا مالاً . وإن كنتَ إنَّما تريدُ به شَرَفًا ، سَوَّدْناكَ علينا (أي جعلْناكَ سيّدًا علينا) حتَّى لا نَقْطع أمرًا دُونَك . وإن كنتَ تُريد به مُلْكًا ، مَلَّكناكَ علينا . وإن كان هذا الذي يأتيكَ رَئِيّا تراهُ لا تستطيعُ ردَّهُ عن نفْسك (وكانُوا يُسَمُّون التَّابع من  الجِنّ : رَئِيّا) ، طلَبْنا لك الطّبَّ وبذَلْنا فيه أموَالَنا حتَّى نُبْرئكَ منه ، فإنَّه ربَّما غَلَب التَّابعُ على الرَّجُل حتَّى يُداوَى منه . 

Telah berkata Utbah (Abal Walid) : Wahai anak saudaraku, jika perjuangan Islam yang kau gerakkan ini adalah kerana kau mahukan harta, kami akan kumpulkan semua harta kami dan diberikan kepada engkau sehingga engkau menjadi orang yang paling banyak harta dikalangan kami.

Jika sekiranya perjuangan Islam yang engkau gerakkan ini kerana engkau mahu menjadi pemimpin, maka kami sedia melantik engkau menjadi pemimpin kami sehingga kami tidak akan memutuskan apa - apa keputusan melainkan setelah mendapat tandatangan engkau.

Jika sekiranya perjuangan Islam yang engkau gerakkan ini kerana engkau mahu menjadi raja, kami sedia menabalkan engkau menjadi raja kami.

Jika segalanya adalah kerana engkau dirasuk jin dan engkau tidak mampu merawatinya, kami sedia menyediakan tabib untuk merawat engkau dan segala kos rawatannya ditanggung oleh kami sehingga engkau bebas dari penyakit ini.

فلمَّا فرَغَ عُتبة ، ورسولُ الله صلَّى الله عليه وسلَّم يَستمعُ منه ، قالَ : أوَ قَدْ فَرغْتَ يا أبا الوَليد ؟ قالَ : نَعم ، قالَ : فاسْتَمِعْ منّي ، قالَ : أَفْعَل
Maka tatkala selesai Utbah mengemukakan tawarannya dan Rasulullah saw mendengarnya dengan teliti, lalu Rasulullah saw berkata : telah selesaikah wahai Abal Walid ? Kata Utbah : Ya . Maka kata Rasulullah saw : dengarkan pula suatu daripadaku : kata Utbah : silakan ! Lalu Nabi saw membacakan beberapa ayat dari surah Fussilat :

 حم
Haa, Miim

تَنزِيلٌ مِّنَ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
بَشِيرًا وَنَذِيرًا فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ
Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.
وَقَالُوا قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ مِّمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ وَفِي آذَانِنَا وَقْرٌ وَمِن بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ فَاعْمَلْ إِنَّنَا عَامِلُونَ
Dan mereka berkata: "Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk ugamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! "
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ وَوَيْلٌ لِّلْمُشْرِكِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain),
الَّذِينَ لَا يُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُم بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ
"Iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartabendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat".
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus.
Surah Fussilat : 1 - 8
Akhirnya Utbah kembali kepada kaumnya tanpa berjaya mempengaruhi Rasulullah saw.
bersambung .....

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive