Sekali Serban di Lilit. Siri 08
Sekali Serban di Lilit. Siri 08
Menghina Azan
Oleh : Nasrudin bin Hassan
1. Tindakan Alvin Tan mengumandangkan azan secara berlagu dengan iringan piano dalam keadaan tidak berbaju pula menonjolkan lambang salib di dadanya sebagaimana yang disiarkan dalam media sosial adalah satu tindakan melampau dan merupakan penghinaan ke atas agama dan ummat Islam.
2. Ia juga dilihat satu provokasi keterlaluan ke atas ummat Islam. Tindakannya melulu dan sangat merugikan dirinya sendiri. Saya sendiri tidak tahu dimana ia berada, tetapi saya percaya hidupnya resah dihambat bayang sendiri sekalipun barangkali beliau berada jauh dari negara ini. Sementelah ummat Islam ada di seluruh dunia dan azan yang dipersenda itu adalah azan yang dilafazkan oleh ummat Islam di seluruh dunia.
3. Saya harap pihak berkuasa dapat berbuat sesuatu yang berkesan dan mengenakan hukuman wajar ke atas Alvin Tan. Justeru kesalahannya bukan lagi tahap kesalahan tatatertib atau moral rendah tetapi telah melepasi tahap penghinaan agama dan provokasi terhadap penganut Islam. Ia sangat merbahaya untuk dibiarkan begitu sahaja.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment