Sekali Serban di Lilit. Siri 09
Sekali Serban di Lilit. Siri 09
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Selesaikan Dengan Baik.
1. PAS sebagai sebuah organisasi yang dikendalikan oleh manusia, sememangnya banyak kes dakwaan salah laku tindakan yang telah dihantar oleh pelbagai pihak dalam PAS disepanjang sejarah penubuhannya. Sungguhpun begitu, semua dakwaan itu tidaklah pantas sampai ke pintu tindakan disiplin, kerana ianya terpaksa melalui pelbagai peringkat seperti pengesahan kes, perbincangan untuk penyelesaian, siasatan mengenai betul duduk kes dan penelitian agar tindakan yang diambil adalah tepat.
2. Namun kes Pemuda PAS Pulau Pinang, begitu pantas ketuanya mahu diseret ke Jawatan Kuasa Disiplin untuk diambil tindakan
3. Saya sarankan supaya dilihat dulu apakah asas tindakan DPPN Pulau Pinang dan selesaikan dengan baik. Jangan terburu - buru mahu menghukum anak buah sendiri sedang asas tindakan mereka adalah kerana sayang kepada jamaah dan memelihara maruah pucuk pimpinan. Isu yang timbul mesti terlebih dahulu diusahakan untuk selesai dengan baik. Cari jalan penyelesaian dengan tenang dan berbincang dengan baik.
4. Isu yang timbul dikalangan anak buah memerlukan proses Islah, jangan cepat untuk menghukum. Hayati kaedah Qurani :
وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ فَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman bertelagah, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Surah Al Hujurat : 9 - 10
5. Pesan saya ( merujuk kepada kes Dewan Pemuda PAS Penang ), jika anda terburu - buru mahu menghukum mereka, sedang mereka tidak diadili sebaik mungkin dan diislahkan keadaan yang dihadapi, maka saya tidak lengah untuk mempertahankan mereka. Namun saya percaya bahawa ia boleh diselesaikan jika kita mahu ia diselesaikan.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment