HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, May 12, 2015

Sekali Serban di Lilit. Siri 10

Sekali Serban di Lilit. Siri 10

Bagaimana Kita Berjuang : untuk Menang atau Kalah ?

Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. Ramai pihak cuba manipulasi kenyataan "rela kalah demi Islam" untuk menempelak Tuan Guru Presiden PAS kononnya tidak bijak berpolitik dan mengeluarkan kenyataan yang merugikan. Mereka membentak, kalau kalah macam mana nak laksanakan Islam ?

2. Benar ! Kalau kalah macam manalah kita nak laksanakan Islam. Sebab itu kita berjuang. Ke hulu dan ke hilir berdakwah, menjayakan aktiviti jamaah serta mengatur langkah siasah. Kita berjuang untuk mencari kemenangan. Tiada siapa yang berjuang untuk kalah.

3. Namun kemenangan yang diburu itu adalah bersama agenda Islam. Bukan kemenangan untuk melunaskan kepuasan nafsu yang ingin berkuasa. Sebaliknya menang untuk melaksanakan Islam. Justeru itulah nama perjuangan kita ialah perjuangan Islam. Kita memperjuangkan Islam, suatu cara hidup yang universal dan mulia.

4. Maksud "rela kalah demi Islam" ialah :

a) kiranya Islam yang kita bawa ini menyebabkan orang tidak sokong kita lalu kita kalah, apa boleh buat ? lantaran mereka masih hanyut dalam kejahilan dan tenggelam  dalam kealpaan. Insyaallah, kita akan terus berjuang tanpa henti sehingga hidayah Allah swt menjengah mereka.

b) semata - mata ingin menang dan meraih undi, kita tidak rela mengenepikan Islam. Apatah lagi memeteri perjanjian untuk tidak melaksanakan Islam jika menang dan berkuasa. Kita boleh merubah strategi dan pelbagaikan pendekatan, namun memuktamadkan tindakan untuk tidak membawa agenda Islam dalam perjuangan adalah satu kesalahan besar. Erti dan nilai pada perjuangan kita ialah Islam. Usahkan perjuangan, bahkan hidup ini tiada erti dan nilai tanpa Islam.

5. Cuba hayati bait - bait lagu PAS yang selalu kita nyanyikan dengan penuh semangat dalam majlis - majlis rasmi kita. Antaranya :

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi "

Lihat pula bagaimana ia menepati Manhaj An Nabawiyah. 

Telah dikeluarkan oleh At Tabarani (Mu'jam Al Kabir) dari Saidina Muaz Ibn Jabal Rha. bahawa Nabi saw bersabda : 

أَلَا إِنَّ رَحَى الْإِسْلَامِ دَائِرَةٌ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ، أَلَا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ، فَلَا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ، أَلَا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لِأَنْفُسِهِمْ مَا لَا يَقْضُونَ لَكُمْ، إِنْ عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ، وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، كَيْفَ نَصْنَعُ؟ قَالَ: «كَمَا صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ، وَحُمِلُوا عَلَى الْخَشَبِ، مَوْتٌ فِي طَاعَةِ اللهِ خَيْرٌ مِنْ حَيَاةٍ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ»

Ketahuilah ! Sesungguhnya Islam bergerak  dalam satu putaran maka pastikan senantiasa bersama Al Kitab (Al Quran) sekira - kira bagaimana kedudukannya. 

Ketahuilah ! sesungguhnya Al Kitab dan Pemerintah akan berpisah maka jangan kamu memisahkan diri dari Al Kitab (Al Quran).

Ketahuilah ! Akan datang kepada kamu pemerintah yang bertindak untuk kepentingan diri mereka bukan bertindak untuk kepentingan kamu. Jika kamu mengingkari mereka, mereka akan bunuh kamu.  Jika kamu mentaati mereka, mereka akan menyesatkan kamu.

Mereka bertanya : Ya Rasulullah ! Maka apa selayaknya tindakan kami ?

Jawab Nabi saw : bertindaklah sebagaimana tindakan para sahabat Nabi Isa ibn Maryam. Mereka digergaji jasadnya dan dipalang pada kayu, namun Mati dalam keadaan taat kepada Allah swt adalah lebih baik daripada hidup bergelumang maksiat kepada Allah swt.

Sekian.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive