HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, May 23, 2015

Risalah Dakwah. Siri 108


Risalah Dakwah. Siri 108

Takrif PAS

1. PAS pada takrif yang betul adalah merupakan sebuah Gerakan Islam (Harakah Islamiyah) dimana sebahagian dari tanggungjawab dan amanah perjuangannya ialah gerakkerja politik (Amal Siasah). Menakrifkan PAS hanyalah sebuah parti politik semata - mata adalah salah justeru ia meletakkan peranan PAS terbatas pada percaturan dan kemaslahatan politik yang terhad. Bahkan ia TIDAK membezakan PAS dengan parti - parti politik yang lain pada orientasi dan perkiraan politiknya.

2. Sementara PAS yang ditakrifkan sebagai sebuah Gerakan Islam akan mengangkat peranan PAS jauh lebih besar dari sekadar berpolitik pilihanraya atau berhenti diatas garis kemenangan pilihanraya, sebaliknya menjadikan politik sebagai wadah untuk memenangi pilihanraya lantas mengisi kemenangan dengan mendaulatkan syariat Allah swt di atas tanahair kita. Gerakkerjanya seimbang dan sepadu antara 3 asas gerakkerja iaitu Tarbiyah, Dakwah dan Siasah. Islam adalah cara hidup yang syumul (lengkap sempurna) maka gerakkan Islam adalah sebuah gerakan yang berteraskan syumuliah (kesempurnaan) Islam itu sendiri. 

Sekian

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat


0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive