HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, May 23, 2015

Jangan Guna Khidmat Syaitan

Dua minggu lagi kita bakal menyaksikan seluruh ahli PAS berhimpun di negeri Selangor untuk bermuktamar dan muktamar kali ini adalah edisi “Muktamar Pemilihan”. Semua perwakilan parti akan memilih bakal kepimpinan baharu atau mengekalkan yang lama dengan memberi mandat yang baharu untuk melangsungkan perjuangan Islam yang didokong sekurang - kurangnya bagi satu sessi akan datang.

Memilih saff kepimpinan adalah satu tanggungjawab dan kewajipan besar bagi sebuah organisasi khas bagi sebuah gerakan yang memperjuangkan Islam. Justeru pemimpinlah yang menjadi pemandu untuk membawa jamaah menuju arah yang betul dan benar sebagaimana yang dikehendaki oleh matlamat, dasar dan prinsip jamaah.

Kepimpinan ini adalah amanah yang wajib digalas berat bebannya. Ia bukan kemuliaan untuk dibanggakan. Maka serahkannya kepada yang berhak dan layak menunaikan amanah tersebut dengan penuh “Taqwa” (patuh syariat) dan “Itqan” (teliti). Ingat penegasan Nabi sallallahu‘alaihi wasallam;
قَالَ؛ فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قَالَ؛ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا؟ قَالَ؛ إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَة
“Telah bersabda Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam apabila diabaikan amanah maka tunggulah detik kebinasaannya. Sahabat bertanya; Bagaimana yang dikatakan pengabaian itu? Sabda Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam; Apabila diserahkan sesuatu urusan (amanah) kepada yang tidak layak maka tunggulah detik kebinasaannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Usahlah mengambil pendekatan yang menzahirkan kecintaan atau ketamakan pada jawatan apatah lagi menggunakan taktik tabur fitnah untuk menjatuhkan pihak lain. Bertaqwalah dalam segenap urusan kita. Berpaksi pada yang benar dan membetuli prinsip perjuangan Islam yang didokong lalu bertawakkal kepada Allah Taala. Tidak perlu guna khidmat syaitan iblis untuk menang dan menjawat amanah kepimpinan ini.
Saya pesan pada diri saya dan semua sahabat seperjuangan agar bertaqwa kepada Allah. Taqwa dalam tulisan, taqwa dalam ucapan, taqwa dalam tindakan dan taqwa dalam sangkaan. Taqwa adalah pakaian pejuang Islam.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive