Kuantiti Bukan Ukuran Sebuah Kebenaran
Perjuangan Islam digerakkan dengan ilmu dan kefahaman yang jelas mengenai Islam dan syariatnya. Semangat dan jumlah penyokong yang ramai menjadi nilai tambah untuk mengukuhkan perjuangan suci ini. Namun kebenaran tersebut tidak susut nilainya dengan lemah semangat pendokong dan sedikit penyokongnya.
Menjadi sunnatullah di sepanjang zaman bahawa perjuangan Islam ini, suci dan benarnya adalah berpaksi kepada wahyu dan sunnah secara muktamad. Kuantiti pendokong dan mereka yang menyertai perjuangan Islam ini seringkali minoriti. Islam tetap berlangsung dan dilangsungkan oleh Allah biarpun merentas ujian yang getir.
Hayati kisah yang dirakam melalui Firman Allah ini bagaimana sewajarnya keutamaan kita dalam perjuangan Islam adalah kualiti bukan kuantiti;

فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُم بِنَهَرٍ فَمَن شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو اللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia; Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya); Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah; Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.” (surah al-Baqarah ayat 249)
Berjuanglah atas paksi Islam yang benar dan jelas dari sumbernya yang tulen. Jangan hanya memburu pengaruh dan kemenangan yang separuh masak. Sebaliknya sabar dan tabah mengambil sunnah perjuangan ini. Lambat atau cepat biarlah ia berjalan mengikut jadual Allah sementara kita berikhtiar sehabis daya untuk mencari kemenangan dengan menepati syarat-syarat kemenangan yang ditetapkan oleh syara’.

Perjuangan kita di Malaysia mengambil pendekatan “Muwaajah Silmiyyah” (menghadapi lawan dengan aman). Kita daftar jamaah sebagai sebuah parti politik lalu kita sertai pilihanraya. Kita perlukan undi dari semua orang termasuk dari kalangan Non-Muslim untuk menang. Maka banyakkan pencerahan dan penerangan kepada semua, khasnya Non-Muslim agar terangkat segala fitnah, tohmah dan Islamophobia.
Namun dalam masa yang sama, jangan sekali-kali berhenti bercakap mengenai Islam dan jangan menyembunyikan hasrat melaksanakan syariat di bumi bertuah ini semata-mata kerana mahukan undi dan kemenangan. Apatah lagi menandatangani perjanjian untuk tidak melaksanakan Islam jika menang, demi memenangi hati pengundi.
Membuat perjanjian tidak melaksanakan Islam adalah bertentangan dengan syara’. Sebagai contoh, Haji adalah wajib. Jika kita tidak ada wang yang cukup untuk mengerjakan haji, maka janganlah kita menafikan kewajipan melaksanakan haji sebaliknya terus berusaha untuk mendapatkan wang yang cukup agar layak melaksanakan Haji.
Terus istiqamah dengan perjuangan Islam ini sekalipun akhirnya kita keseorangan. Allah Maha Tahu, bilakah Islam ini akan dinobatkan ke puncak kemenangan. Adapun kita terus berpaksi dengan kebenaran tanpa gentar dan resah. Jangan hirau perancangan musih dan provokasi mereka.
Kata Abdullah ibnu Mas’ud radhiallahu anhu;

الجماعة ما وافق الحق وإن كنت وحدك
“Jamaah itu ialah apa yang menepati kebenaran sekalipun engkau keseorangan.”
0 comments:
Post a Comment