HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, November 21, 2015

Industri Teksi Negara Tenat

SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat) gagal tangani Industri Teksi negara terjejas teruk sehingga pendapatan mereka merosot 50 peratus ekoran wujudnya perkhidmatan Kereta sapu haram dan Aplikasi haram seperti UBER dan GRABCAR.

UBER dan GRABCAR didakwa sebagai perkhidmatan haram kerana SPAD salah guna kuasa memberi kebenaran dan promosi kepada My Teksi dan UBER untuk memberi perkhidmatan kereta sapu haram beraplikasi UBER dan GARABCAR sebagai pengangkutan awam seperti Teksi sedia ada.

Perkhidmatan Teksi Bermeter kian tertekan atas beberapa faktor :
  1. Kebanyakan pemandu teksi telah disenaraihitam okeh CTOS kerana gagal bayar sewa beli teksi yang semakin tinggi RM65 hingga RM75 sehari.
  2. Kenaikan bahan api, NGV sedang kenaikan tambang meter habya dinaikan 25 peratus.
  3. GST dikenakan kepada pemandu - pemandu Teksi oleh syarikat - syarikat teksi sedang pemandu tidak boleh mengenakan GST kepada penumpang.
  4. Rakyat turut terbeban dengan GST berangkai yang dikenakan keatas mereka oleh PUSPAKIM, kedai alat ganti kereta dan bengkel kereta.
SPAD memberi promosi luas kepada perkhidmatan UBER sedang teksi budget ini terpaksa ronda sendiri mencari penumpang.

Negara-negara lain telah haramkan UBER yang memusnahkan industri teksi negara. Justeru kerajaan Malaysia mesti segera bertindak sebelum parah. Kerajaan mesti sedia bertemu dan menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang (JKBPTLK).

Mereka juga rakyat yang turut berperanan untuk membangunkan sosial dan ekonomi negara. Malah sektor perkhidmatan awam ini mesti diselaraskan serta dikendali dengan bijak dan berkesan agar tidak menindas khas pemandu teksi.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive