HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, November 21, 2015

Kerajaan UMNO-BN Digesa Batalkan TPPA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan kerajaan Malaysia dan rakyat keseluruhannya bahawa negara kita diambang bahaya! Apa yang dibimbangi selama ini bakal menjelma. Perjanjian Bebas Trans-Pasifik (TPPA) bakal diluluskan selepas ia dijadual akan dibahaskan di Dewan Rakyat pada bulan Januari tahun hadapan.

PAS turut membayangkan bahawa TPPA akan menjadi salah satu faktor kritikal terhadap krisis ekonomi negara. Secara lazimnya, kitaran krisis ekonomi akan berlaku 10 tahun sekali sepertimana ia telah terjadi sekitar tahun 1986/1987, 1997/1998 dan 2007/2008.

Dokumen TPPA yang telah didedahkan mengesahkan kebimbangan rakyat selama lima tahun ini. PAS secara konsisten tidak bersetuju dengan TPPA dan mendesak Kerajaan Malaysia untuk tidak meratifikasi (menandatangani) perjanjian tersebut.

Secara dasarnya, konsep globalisasi ekonomi dan negara maju yang dikemukakan oleh Barat tidak selari dengan dasar Islam. Ia adalah agenda imperialisme kurun ke-21 yang akan menyebabkan Malaysia sentiasa berada di bawah telunjuk kuasa Amerika Syarikat.

Melalui TPPA, Malaysia akan terus bergantung kepada bekalan makanan import dari negara luar. Jumlah import bahan makanan dan keperluan pertanian sentiasa menunjukkan tren meningkat setiap tahun. Malah, ia akan menjejaskan daya saing syarikat tempatan untuk meningkatkan produksi.

TPPA juga akan terus meliberalisasi sektor kewangan negara termasuk mengawal aspek regulatori (perundangan pentadbiran) dan pengaliran ekuiti asing. Sudah tentu volatiliti (ketidakstabilan) dana yang besar boleh menjejaskan fundamental ekonomi negara yang sangat bergantung kepada pelaburan asing.

Berdasarkan kepada perolehan projek daripada kerajaan, apakah komitmen kerajaan bagi memastikan syarikat-syarikat tempatan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat asing? Apakah piawaian yang ditetapkan dalam perolehan secara mutlak tertakluk kepada meritokrasi?

Begitu juga dalam sektor-sektor tertentu seperti dalam bidang farmasutikal, harta intelek, perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi yang akan membawa kepada dasar monopoli. Ini akan menyebabkan rakyat sebagai end consumer akan berdepan dengan kenaikan harga yang tidak terkawal.

TPPA yang mencakupi pertimbangan politik Amerika Syarikat dan kuasa besar lain akan mengheret Malaysia ke dalam kancah pergolakan politik antarabangsa. Tambahan lagi, kumpulan 12 negara anggota ini menyumbang sebanyak 40% ekonomi dunia.

Akhirnya, Malaysia sudah lama terperangkap dengan konsep pembangunan mengikut acuan barat. Indikator negara maju berkiblatkan barat yang mementingkan pencapaian ekonomi semata-mata sehingga mengikis tradisi tempatan termasuk prinsip agama.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive