HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, November 21, 2015

Politik Matang VS Politik Balas Dendam

Di Pulau Pinang, DAP pecat 300 JKKK PAS kerana PAS putuskan hubungan dengan DAP.

Di Selangor pula, Pakatan Harapan desak Azmin pecat exco-exco PAS, kerana PAS bukan komponen mereka lagi.

Politik gila kuasa semata-mata. Tidak puashati, pecat. Benci, pecat. Berbeza, pecat. Dendam Amarah Pecat (D.A.P) sinonim dengan sifat mazmumah itu.

PAS mengajar mereka sebuah politik matang. Walaupun PAS berhak menghantar calon senator mewakili Selangor, PAS berundur bagi memberi laluan kepada PKR dan DAP. Semua tahu apa pengkhianatan mereka pada PAS, tetapi demi mengelakkan pertelingkahan yang tak menguntungkan, PAS beri sahaja kepada mereka yang kemaruk kuasa.

PAS berjiwa besar. Sungguh matlamat kita jauh. Tak perlu bergaduh soal remeh temeh sebegini.

Kepada para penjawat awam, anda tidak perlu takut untuk menukar parti pemerintah kepada PAS menerusi PRU akan datang. Kalau prestasi kerja anda bagus dan tidak melanggar etika, anda tidak akan kehilangan kerja walau bos bertukar.

PAS berpaksikan Islam, bukan emosi dan balas dendam. Nabi kita tidak mengajar pecat sana sini macam orang gila, gila kuasa. Sewaktu pembukaan Mekah, Nabi tetap mengekalkan jawatan Abu Sufyan sebagai penyelia Kaabah, walaupun dia kuat menentang dahulu. Ketika membuka Kota Yaman dan Mesir, raja dan pemimpinnya tetap dikekalkan. Amat berbeza dengan budaya pecat memecat yang diamalkan masyarakat jahiliah dahulu ketika berkuasa.

Tetapi risaulah anda sekiranya yang mengganti kerajaan adalah Pakatan Harapan. Mereka dah tunjuk belang walau hanya memiliki sekangkang kera tanah pemerintahan.

Biodata Penulis

Muhammad Marwan M.Shukrimun berasal dari Kuala Terengganu. Beliaumerupakan EXCO DPP Kuala Nerus. Salah seorang tenaga pengajar di MDQ.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive