HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, November 16, 2015

UG : Ratib Pemfitnah di Musim Pilihanraya Umum 14

Pemerhatian teliti dari perkembangan politik tanahair, Kita menyedari bahawa “Ratib UG” yg didendang oleh musuh politik dan musuh perjuangan PAS, akan terus diulang ulang hingga PRU 14.

Usaha menjawab bagi pihak PAS bahawa UG telah disalahertikan maksudnya atau penegasan bahawa PAS tidak akan masuk UMNO atau BN, akan tidak diendahkan oleh mereka walaupun Presiden PAS sudah puluhan kali menjelaskannya dalam ucapan atau dokumen rasmi parti. Apapun yang dihujahkan oleh PAS, mereka ini akan tetap meratib UG.

Mereka tetap tidak peduli, bukan kerana mereka tidak faham atau pekak, tetapi kerana mereka sangka ratib UG adalah senjata sulit mereka untuk mendapatkan pertolongan ghaib bagi memenangi pilihanraya umum ke 14 sekaligus bertujuan untuk melemahkan PAS.

Justeru itu, tindakan yang perlu oleh seluruh saf kepimpinan PAS dipelbagai peringkat ialah meneruskan perjuangan ini dengan optimis, yakin dan berani mendepani arus persepsi yang direka dan dicipta oleh musuh.

Usah bimbang dan apologetik untuk meneruskan agenda suci perjuangan Islam yang didukung dengan prinsip dakwah yang;
  1. Efektif (berkesan)
  2. Konstruktif (membina), dan;
  3. Inklusif (terbuka untuk semua).

Teruskan merangka strategi tanpa ralat untuk menghasilkan “blue ocean strategy” ke arah mewujudkan pasaran baharu dalam membina luas rangkaian sahabat atau rakan juang PAS. Lantas bertindak mengikut pelan tindakan yang telah ditetapkan tanpa terganggu dengan persepsi palsu, patuhi disiplin jamaah, usah sibukkan diri menjawab persoalan yang sengaja dicipta untuk mengalih perhatian kita.

Kebebalan mereka tidak akan berkesudahan dengan jawapan demi jawapan yang diberi. Pastinya mereka akan terus meratib sampai PRU 14 tanpa jemu.

Kita sedar, mereka mahu kita rasa takut dan gelisah dengan ratib UG yang mereka lakukan. Mereka mahu kita rasa lemah dan terikat dengan ratib UG yang berterusan. Lebih jelas mereka mahu supaya kita teragak - agak  untuk melebarkan risalah perjuangan kita kepada pasaran baru di luar circle sedia ada.

Mereka tidak mahu kebenaran yang kita bawa memasuki sempadan baru dan akhirnya memulangkan pengaruh yang lebih luas kepada PAS. Ternyata ada pihak yang sangat cemburu melihat ummat Islam dapat bersatu dan bangkit dengan semangat persaudaraan dan kesedaran yang berpaut kepada Amal Islami.

Tegasnya, jangan sibuk dan asyik dengan kemuncup. Kita punya tugas dan tanggungjawab besar untuk membina Malaysia Sejahtera berlandaskan pembangunan tamadun samaada sosial, ekonomi dan politik yang patuh syariah. Meskipun perit dan getir, akan terus meredah cabaran ini dengan tabah dan cekal. Kita diajar oleh Allah;
وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam menghadapi musuh itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang lebihnya kamu ialah mengharapkan dari Allah swt apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Nisa’ : 104)

Beristiqamah Sehingga Kemenangan!

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive