HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, December 12, 2015

PAS : Merajah Peta Baru Perjuangan

Perjuangan di era millenia ini mempunyai cabaran tersendiri. Namun tetap menjanjikan tentangan sengit buat perjuangan Islam dari segenap penjuru. Pastinya kemenangan Islam tidak dianugerah secara percuma malah tidak juga boleh dibeli dengan harga yang murah.

Pendedahan al-Quran terhadap strategi dan modus operandi musuh Islam sangat jelas dan ia tidak pernah luntur merentas zaman. Ia sering dipersembahkan dengan aneka pelan tindakan untuk memastikan Islam ditewaskan dan ummatnya tumpas.
وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
“Dan mereka (musuh Islam) sentiasa memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap ingkar, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalam neraka buat selama-lamanya.” (al-Baqarah ayat 217)

Justeru itu, kebijaksanaan (hikmah) perjuangan Islam juga tidak pernah statik atau kaku dalam mendepani ancaman musuhnya di setiap dimensi. Pemimpin dan pejuang Islam yang dekat dengan Allah swt, ikhlas memikul tanggungjawab perjuangan dan gigih meredah pahit getir ancaman, akan dikurniakan nusrah (pertolongan) oleh Allah swt untuk memimpin jamaah dan menyelamatkan ummah.

Pengalaman 64 tahun menjulang panji perjuangan Islam di bumi bertuah, kini PAS terus tabah dan mantap menyerap tekanan. Bahkan semakin yakin dan bijak membaca rentak irama serta gerak tari musuh Islam dan bonekanya di zaman perang cyber dan penguasaan media baru ini.

Kelicikan musuh Islam menyusup masuk melepasi sempadan privasi ummat Islam menerusi pelbagai aplikasi media baru sedikit sebanyak mampu mengucar-kacirkan perpaduan ummat Islam. Seterusnya melemahkan kuasa ekonomi dan penguasaan politik ummat Islam.

PAS sewajarnya mengambil tanggungjawab penuh untuk mengembalikan semula kekuatan ummah. Menghalang segala kerja jahat musuh dan bonekanya dari terus bermaharajalela serta  menguasai ummat Islam dan negara ini.

Tugas ini pastinya mencabar, khasnya tindakan untuk meluruskan kembali kepercayaan ummat Islam bahawa mereka mesti bangkit dan bersatu demi sebuah kehidupan yang sejahtera, damai, selamat dan membangun.

Tanggungjawab besar dan segera bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini ialah memurnikan pemikiran ummah, agar mereka kenal siapa musuh dan siapa pula kawan. Justeru Perang cyber mampu merubah personaliti malah menukar identiti. Fenomena ini sungguh mengelirukan dan berupaya memporak perandakan keutuhan saf ummat Islam juga melaga-lagakan pemimpin ummat Islam.

Tugas Reformasi, Tajdid dan Islah ini memerlukan kesungguhan, keberanian dan keyakinan pemimpin PAS untuk bertindak merajah peta baru perjuangan Islam di era ini. Sementelah PAS adalah sandaran dan harapan ummah untuk mengembalikan kegemilangan Islam dengan sinar keadilan dan kesaksamaannya.

Konsisten dengan hala tuju untuk menegakkan kebenaran serta keadilan di bumi tercinta, konfiden dengan strategi untuk menyatukan ummat Islam berpaksi syariat dan komited dengan pendekatan semasa yang diputuskan bersama, adalah ramuan berkesan untuk capai matlamat dan objektif perjuangan Islam yang didukung ini.

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive